Alumni

UMS yang mula ditubuhkan pada tahun 1994 kini telah menjangka umur 15 tahun. Dalam pada masa itu, terdapat pelbagai perubahan yang telah dikecapi, perubahan dari segi bilangan pelajar, pensyarah dan kakitangan, kemudahan-kemudahan yang disediakan, bilangan kursus serta program dan sebagainya. Satu perkara penting daripada perubahan ini dan motif utama wujudnya sesuatu universiti ialah pertambahan bilangan graduan yang mampu dikeluarkan oleh sesuatu universiti berkenaan. Dari tahun ke tahun jumlah graduan yang berjaya dikeluarkan oleh UMS semakin bertambah, yang kini melebihi 25000 graduan. Atas dasar itulah cadangan penubuhan Persatuan Alumni UMS antara lain adalah bertujuan untuk mengumpulkan kembali graduan UMS sebanyak mungkin untuk menjadi ahli dalam persatuan tersebut.

Peranan alumni banyak dikaitkan dengan pembangunan dan kemajuan yang wujud di institusi di mana mereka belajar atau dipanggil juga "alma maternya". Secara dasarnya seseorang pelajar yang telah menamatkan pengajian dan mendapat ijazah dari dari sesuatu universiti itu bukan bermakna peranan dan tanggungjawab terhadap alma maternya turut tamat di situ sahaja, pelbagai sumbangan yang boleh diberikan kembali kepada alma maternya seperti membantu dalam mempertingkatkan kualiti, imej, pendidikan dan kebajikan universitinya. Seperti di universiti-universiti lain, ternyata persatuan bekas pelajarnya atau dikenali ALUMNI telah mampu membangunkan universitinya dalam pelbagai aspek.

TAKRIFAN ALUMNI


Menurut ensiklopedia Sains Sosial, Alumni diertikan sebagai "... sesiapa sahaja yang pernah hadir di sesebuah institusi pendidikan", maka ia adalah layak dikenali sebagai "Alumni". Jika kita boleh mendalami lagi definasi ini maka apa yang pasti ialah Alumni bermaksud sesiapa sahaja yang pernah belajar di institusi di mana ianya berada sama ada secara sepenuh atau separuh masa dalam bidang dan peringkat pengajian masing-masing.

Alumni sering dikaitkan dengan alma maternya (institusi di mana ianya belajar). Umpama isi dan kuku, tiada alma mater, tiadalah alumninya dan jika tiada alumninya, sukarlah untuk alma mater tersebut berkembang.

SIAPA LAYAK MENJADI ALUMNI ?


Keahlian Persatuan ini adalah sah kepada semua pelajar Universiti Malaysia Sabah yang pernah mendaftar dan lepasan pengajian dalam bidang dan peringkat masing-masing.

BAGAIMANA UNTUK MENJADI AHLI ALUMNI ?


Semua pelajar yang tamat pengajian di UMS bermula tahun 1999 adalah secara otomatis menjadi Persatuan Alumni UMS. Ini kerana Wang Hemat Diri sebanyak RM 80.00 yang telah dibayar oleh pelajar semasa pendaftaran masuk universiti akan disalurkan kepada Persatuan Alumni UMS setelah mereka tamat pengajian sebagai Yuran Keahlian.

PENUBUHAN ORGANISASI ALUMNI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


Peranan alumni banyak dikaitkan dengan pembangunan dan kemajuan yang wujud di institusi di mana mereka belajar atau dipangil juga "alma maternya". Dengan kata lain, semakin berkembang peranan ahli Alumni, semakin besarlah peranan yang boleh disumbangkan untuk pembangunan alma maternya. Justeru Pusat Hubungan Alumni telah ditubuhkan dengan fungsi untuk mewujudkan jaringan kerjasama yang berterusan dengan persatuan Alumni untuk feadah bersama dalam kearah pemantapan pembangunan Universiti Malaysia Sabah.

Kewujudan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai institusi yang sentiasa berusaha, meningkatkan taraf pendidikan masyarakat dan merealisasikan hasrat pembangunan pendidikan negara. Dengan kelahiranya, Universiti Malaysia Sabah, Negeri Dibawah Bayu yang mula beroperasi pada tahun 1994 kini telah menjangka umur 15 tahun. Dalam pada masa itu, terdapat pelbagai perubahan yang telah dikecapi, perubahan dari segi bilangan pelajar, pensyarah dan kakitangan, kemudahan-kemudahan yang disediakan, bilangan kursus serta program dan sebagainya. Satu perkara penting daripada perubahan ini dan motif utama wujudnya sesuatu universiti ialah pertambahan bilangan graduan yang mampu dikeluarkan oleh sesuatu universiti berkenaan. Dari tahun ke tahun jumlah graduan yang berjaya dikeluarkan oleh UMS semakin bertambah, yang kini melebihi 24549 graduan. Atas dasar itulah, cadangan penubuhan Persatuan Alumni UMS antara lain adalah bertujuan untuk mengumpulkan kembali graduan UMS sebanyak mungkin untuk menjadi ahli dalam persatuan tersebut.

Peranan alumni banyak dikaitkan dengan pembangunan dan kemajuan yang wujud di institusi di mana mereka belajar atau dipanggil juga "alma maternya". Secara dasarnya seseorang pelajar yang telah menamatkan pengajian dan mendapat ijazah dari dari sesuatu universiti itu bukan bermakna peranan dan tanggungjawab terhadap alma maternya turut tamat di situ sahaja, pelbagai sumbangan yang boleh diberikan kembali kepada alma maternya seperti membantu dalam mempertingkatkan kualiti, imej, pendidikan dan kebajikan universitinya. Seperti di universiti-universiti lain, ternyata persatuan bekas pelajarnya atau dikenali ALUMNI telah mampu membangunkan universitinya dalam pelbagai aspek.


FOLLOW US @

QUICK LINKS

  •  Staff Directory
  • Expertise Directory
  • Staff Portal
  •  Student Portal
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Space Reservation

OTHER LINKS

  •  UMS Map
  • Open Data
  • Sabah State Government Portal
  • Minister of Higher Education (MOHE)
  • MAMPU
  • MyGovernment Portal (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.