Syarat & Prosedur Permohonan

Syarat-syarat Kelayakan
Pelajar yang layak menyertai program Gap Year mestilah memenuhi kriteria seperti berikut :
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berdaftar dengan UA;
  3. Memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh agensi berkenaan;
  4. Pelajar tahun kedua dan  ke atas yang belajar secara sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda;
  5. Tempoh program Gap Year yang ingin disertai tidak melebihi satu tahun pengajian akademik; dan
  6. Pelajar hanya dibenarkan untuk menyertai SATU kali sahaja program Gap Year sepanjang pengajian.
  7. Mengemukakan surat sokongan daripada pihak penaja pengajian seperti MARA, JPA dan sebagainya.

 

Prosedur Permohonan
Pelajar yang berminat menyertai program Gap Year hendaklah melalui prosedur berikut:-
1. menghantar borang permohonan  rasmi Gap Year (Lampiran 1) yang boleh diperolehi daripada laman web universiti peneraju seperti dalam Jadual 1 kepada jawatankuasa Gap Year UA masing-masing:
 
Jadual 1 : Senarai universiti peneraju dan agensi terlibat dalam program Gap Year
Bil
Institusi
Agensi Strategik
Program
Jangkamasa
Pautan maklumat
1
UiTM
APM
Sukarelawan APM
1 tahun akademik
Akan disalurkan.
2
UiTM
ATM
Sukarelawan ATM
1 tahun akademik
Akan disalurkan.
3
UKM
PDRM
Sukarelawan PDRM
1 tahun akademik
Akan disalurkan.
4
UUM
JKM
Perkongsian Pintar Kesukarelawan UUM – JKM (PINTAS UUM – JKM)
 
3 bulan
atau 3 bulan +1 semester
Akan disalurkan.
5
UTHM
JKM
Sukarelawan  JKM
 
1 tahun akademik
Akan disalurkan.
6
USIM
IRM
Program Pembangunan Komuniti
1 tahun
Akan disalurkan.
7
UniSZA
JAKOA
Menongkah Puncak :Pemerkasaan Pendidikan Orang Asli
3 bulan
 
Akan disalurkan.
8
UMT
NADMA
Mahasiswa@Cakna : Kesukarelawanan Bencana
3 bulan
atau 3 bulan +1 semester
Akan disalurkan.
9
UMS
DBKK
My City, My Responsibility
3 bulan
Akan disalurkan.
10
UPSI
KPM & JPNP
Tuisyen Bitara
1 tahun akademik
Akan disalurkan.
 
2. menyediakan kertas kerja sekiranya memilih untuk menyertai program Gap Year - Umum berdasarkan format yang telah disediakan (lampiran 2);
3. mengemukakan permohonan lengkap sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses; dan
4. memohon kepada pihak agensi, universiti peneraju dan universiti pemohon secara bertulis (lampiran 3) sekiranya pelajar ingin memendekkan tempoh atau menarik diri daripada pelaksanaan program gap year

FOLLOW US @

QUICK LINKS

  •  Staff Directory
  • Expertise Directory
  • Staff Portal
  •  Student Portal
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Space Reservation

OTHER LINKS

  •  UMS Map
  • Open Data
  • Sabah State Government Portal
  • Minister of Higher Education (MOHE)
  • MAMPU
  • MyGovernment Portal (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.