Tanggungjawab

Pelajar
Pelajar yang menyertai program Gap Year mestilah:-
1. melaksanakan pemeriksaan kesihatan bagi tujuan permohonan Gap Year - Kesukarelawanan dan Gap Year - Kesukarelawanan Khidmat Negara;
2. mematuhi undang-undang yang sedang berkuatkuasa;
3. menjaga nama baik kementerian, universiti dan agensi;
4. mematuhi etika dan peraturan agensi sepanjang melaksanakan program Gap Year; dan
5. menyediakan laporan mengikut keperluan yang ditetapkan oleh universiti peneraju dan agensi masing-masing.

 

Universiti
1. Universiti Pemohon
  • membuat hebahan kepada pelajar universiti masing-masing berdasarkan hebahan universiti peneraju;
  • menyaring permohonan pelajar mengikut kriteria universiti peneraju;
  • menyalurkan permohonan kepada universiti peneraju; dan
  • memastikan pelajar dilindungi dengan insurans yang berkaitan.
2. Universiti Peneraju
  • membuat hebahan kepada pelajar universiti masing-masing;
  • memilih permohonan pelajar yang lengkap mengikut kriteria universiti peneraju;
  • mengadakan perbincangan dengan agensi berkenaan penempatan;
  • mengeluarkan surat penawaran kepada pelajar yang layak sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh program diadakan;
  • menjalankan sesi latihan yang bersesuaian mengikut keperluan agensi;
  • memastikan pelajar mendapat penempatan yang bersesuaian;
  • memantau aktiviti kesukarelawanan pelajar;
  • menilai aktiviti kesukarelawanan pelajar (jika berkaitan); dan
  • universiti peneraju boleh memberhentikan pelajar yang tidak mematuhi syarat Gap Year dengan persetujuan agensi dan memaklumkan kepada universiti pemohon.

 

Agensi
1. memastikan pelajar tertakluk kepada syarat yang telah dipersetujui antara agensi dan universiti awam;
2. mengadakan perbincangan dengan universiti peneraju berkenaan penempatan;
3. menerima pelajar yang telah dipilih oleh universiti peneraju;
4. memantau aktiviti kesukarelawanan pelajar;
5. menilai aktiviti kesukarelawanan pelajar (jika berkaitan);
6. menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar; dan
7. mencadangkan untuk memberhentikan pelajar yang tidak mematuhi syarat Gap Year dengan memaklumkan secara bertulis kepada pihak universiti peneraju.

FOLLOW US @

QUICK LINKS

  •  Staff Directory
  • Expertise Directory
  • Staff Portal
  •  Student Portal
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Space Reservation

OTHER LINKS

  •  UMS Map
  • Open Data
  • Sabah State Government Portal
  • Minister of Higher Education (MOHE)
  • MAMPU
  • MyGovernment Portal (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.