Azman Hashim UMS Gallery (GAH) merupakan sebuah galeri seni yang bertapak dan beroperasi di dalam Universiti Malaysia Sabah (UMS). Perbelanjaan bagi pembinaan galeri seni ini telah dibiayai oleh Yayasan Azman Hashim dengan nilai sebanyak RM 15.6 juta. Memorandum of Agreement (MOA) dan majlis pecah tanah di tapak lokasi pembinaan galeri telah dilakukan pada 7 oktober 2015 di Dewan Canselor UMS. Keunikan struktur galeri adalah hasil dari pandangan Tan Sri Azman Hashim sendiri, khususnya apabia beliau memberikan cadangan reka bentuk berkonsepkan ‘popular design dan do-able’ serta ‘typical of Sabah’, sesuai dengan niat Tan Sri untuk menjadikan galeri sebagai bangunan iconic yang terdapat di kampus induk UMS. Minat Tan Sri yang sangat mendalam terhadap seni menyebabkan beliau bersama ‘designated team’ bertungkus lumus dalam menyempurnakan pembinaan galeri ini. Selain dari menjadi ruang pameran koleksi peribadi karya seni yang dimiliki oleh Tan Sri, galeri ini juga akan menjadi ruang pameran dan jualan hasil karya seni pelajar dan para pelukis dari Sabah. Kehendak utama Tan Sri mewujudkan galeri ini adalah bagi memperkasakan lagi bidang seni yang berlatarkan kesenian Borneo di negeri Sabah, dan akan memberi manfaat dalam aspek pendidikan dan komersial kepada masyarakat.

 

PAMERAN

RUANG LEPA
RUANG KALIMARAN
RUANG KAAMATAN
RUANG MAGAVOL

HEBAHAN

VIDEO

Inspirasi Seni bersama Awang Damit
Teaser Perasmian
Galeri Azman Hashim UMS
Credit : UMSnets
Biografi Tan Sri Azman Hashim
Credit : UMSnets
Tamu (Kedai Cenderamata) GAH-UMS
Sebarang aduan dan cadangan mengenai perkhidmatan kami, layari : E-RESPON
LOKASI

WAKTU OPERASI

PAMERAN

ISNIN – KHAMIS
9.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari 
Rehat
2.00 Petang - 4.00 Petang

JUMAAT, SABTU & AHAD
TUTUP


PEJABAT

ISNIN – KHAMIS
9.00 Pagi - 1.00 Petang 
Rehat
2.00 Petang - 5.00 Petang

JUMAAT
9.00 Pagi - 11.30 Pagi

Rehat / Solat
2.00 Petang - 5.00 Petang