Image

YBRS. DR. SHARIP ZAINAL BIN SAGKIF SHEK

Pengarah

Galeri Azman Hashim

Universiti Malaysia Sabah

Sekapur Sirih 
Dari Meja Pengarah

Selamat datang ke Galeri Azman Hashim, Universiti Malaysia Sabah.

Sebagai mercu tanda seni dan budaya UMS, galeri ini dihasratkan untuk meraikan bakat, memelihara warisan bangsa, serta menyemarakkan kreativiti dalam kalangan komuniti akademik dan masyarakat luar. Semoga kunjungan anda mampu memberi inspirasi, membuka minda, dan memperkaya apresiasi terhadap keunikan seni bina, lipatan sejarah, serta keindahan karya seni visual tempatan mahupun antarabangsa.

Selamat meneroka dan menikmati estetika karya yang dipamerkan!