ANDA MEMERLUKAN BANTUAN?

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR SEDIA MEMBANTU.

HOTLINE BILIK GERAKAN

088 - 320060

WAKTU BEROPERASI

ISNIN HINGGA JUMAAT
(Kecuali Cuti Umum)

8.00 Pagi - 6.00 Petang

Apakah Penilaian Anda Terhadap layanan atau perkhidmatan kami? 

How would you rate the quality of our services?

Sila Imbas Kod QR

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JHEP

MyTempahan@JHEP

Perkhidmatan tempahan kenderan secara dalam talian disediakan kepada pelajar UMS, Pelajar Kurang Upaya dan Kakitangan UMS untuk kegunaan-kegunaan yang diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UMS mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Perkhidmatan berada dihujung jari anda !

Lensa @ JHEP

Lensa@JHEP ialah E-Buletin Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang diterbitkan bertujuan untuk memberikan pelanggan menyelusuri dan mengetahui aktiviti atau program yang dijalankan oleh JHEP sepanjang tahun 2023 yang memberikan info atau maklumat mengenai sesuatu aktiviti secara dalam talian. Oleh hal yang demikian, JHEP mengorak langkah menerbitkan satu makalah yang informatif serta menarik minat pelanggan agar dapat mengetahui semua aktiviti yang telah dilaksanakan. E-Buletin ini diterbitkan pada Januari 2024 secara dalam talian untuk tatapan semua.

Lebih Lanjut..

E- TEMPAHAN
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

SYARAT-SYARAT AM TEMPAHAN KENDERAAN
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

Sila baca dan fahami syarat-syarat permohonan kenderaan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar sebelum membuat sebarang permohonan.
1. Pemohon hendaklah mengisi Borang Tempahan Kenderaan secara dalam talian yang disediakan termasuk penggunaan segera untuk diproses oleh Unit Kenderaan, Bahagian Pentadbiran & Kewangan, JHEP.
2. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya (3) hari waktu bekerja sebelum tarikh/masa penggunaan bagi sekitar kawasan UMS, (5) hari waktu bekerja bagi perjalanan di luar kawasan UMS serta salinan surat berkaitan aktiviti dan tentatif perjalanan hendaklah dilampirkan bagi tempahan VAN.
3. Keutamaan akan diberikan kepada penggunaan kenderaan atas urusan rasmi dan mengikut kepentingan keperluan Universiti.
4. Pembatalan dan perubahan masa terhadap permohonan yang ditempah hendaklah memaklumkan kepada Unit Kenderaan JHEP melalui emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya 24 jam sebelum masa penggunaan.
5. Penumpang kenderaan Universiti hanya dibenarkan kepada kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Sabah sahaja seperti yang tercatat dalam Permohonan/ Lampiran/ Arahan Tugas Pemandu.
6. Penggunaan kenderaan Universiti tidak dibenarkan membuat perjalanan ke tempat lain selain daripada yang tercatat di dalam borang permohonan penggunaan kenderaan. Tempahan akan terbatal secara automatik sekiranya pengguna tidak berada di tempat menunggu yang ditetapkan (15 minit) dari masa yang ditetapkan.
7. Tempahan kenderaan tertakluk kepada kekosongan. Unit Kenderaan JHEP berhak menolak permohonan tempahan sekiranya tempahan telah penuh, tiada kenderaan dan keutamaan akan diberi kepada aktiviti rasmi Universiti.
8. Permohonan tempahan kenderaan kurang daripada 24 jam sebelum bertolak tidak akan diproses.
9. Unit Kenderaan JHEP tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan barang, kerosakan, saman yang dikenakan, kemalangan, kematian sekiranya mengarahkan pemandu memandu melebihi had laju yang ditetapkan, meletak kenderaan bukan di kawasan parkir kereta serta membawa muatan barang yang berlebihan serta 9 orang penumpang sahaja dibenarkan menaiki kenderaan JHEP.
10. Pihak JHEP boleh membatalkan/ menolak/ meminda sebarang tempahan kenderaan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis dan ganti rugi.
Sebarang aduan berkenaan permohonan kenderaan dan pemandu boleh menulis emel kepada pihak JHEP melalui maklumat terteta di bawah:
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Student Affair Department
Bangunan Anjung Siswa,
Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah.
088-320000 (Ext : 4219 / 4175)
088-320060
pejhep[at]ums[dot]edu[dot]my
www[dot]ums[dot]edu[dot]my/hepav2

HEBAHAN

Sebarang aduan dan cadangan mengenai perkhidmatan kami, layari :

Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Bangunan Anjung Siswa,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah.
088-320000 (Ext : 4219 / 4175)
088 - 320060
pejhep[at]ums[dot]edu[dot]my
@jhepumsofficial
@jhepumsofficial