1. Bagaimana keputusan rayuan penempatan ditetapkan ? Apa perlu dilakukan sekiranya permohonan tidak berjaya ?
J: Keputusan Rayuan bergantung dengan kekosongan disetiap kolej kediamaan. Sekiranya permohonan tidak berjaya, pelajar wajib daftar NR(non resident).
2. Berapa lama status NR(non resident) diaktifkan dalam SMP ?
J: Bergantung kepada jumlah pemohon. mengambil masa 5 minit untuk setiap permohonan, Pelajar boleh semak status dalam SMP.
3. Berapa lama proses pengembalian yuran asrama bagi pelajar NR ?
J: proses pengembalian akan mengambil masa dalam lingkungan 2 - 3 minggu dan akan dimasukkan dalam akaun CIMB oleh Bendahari.
4. Permohonan rumah tamu ?
J: Bergantung pada kekosongan jumlah rumah dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Bahagian Perumahan dan Hospitaliti.
5. Bagaimana ingin membuat semakan yuran/ hutang ?
J: semua yang melibatkan proses pembayaran boleh rujuk dengan pihak bendahari.
6. Permohonan Felo staf/ Pelajar
J: Permohonan boleh dibuat melalui pengisian borang permohonan felo yang boleh diperolehi di pejabat Bahagian Perumahan dan Hospitaliti. Pengambilan dibuat berdasarkan kekosongan jawatan tersebut. Calon yang layak akan ditemuduga terlebih dahulu.