ANDA MEMERLUKAN BANTUAN?

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR SEDIA MEMBANTU.

HOTLINE BILIK GERAKAN

088 - 320060

WAKTU BEROPERASI

ISNIN HINGGA JUMAAT
(Kecuali Cuti Umum)

8.00 Pagi - 6.00 Petang

Apakah Penilaian Anda Terhadap layanan atau perkhidmatan kami? 

How would you rate the quality of our services?

Sila Imbas Kod QR

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JHEP

MyTempahan@JHEP

Perkhidmatan tempahan kenderan secara dalam talian disediakan kepada pelajar UMS, Pelajar Kurang Upaya dan Kakitangan UMS untuk kegunaan-kegunaan yang diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UMS mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Perkhidmatan berada dihujung jari anda !

Lensa @ JHEP

Lensa@JHEP ialah E-Buletin Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang diterbitkan bertujuan untuk memberikan pelanggan menyelusuri dan mengetahui aktiviti atau program yang dijalankan oleh JHEP sepanjang tahun 2023 yang memberikan info atau maklumat mengenai sesuatu aktiviti secara dalam talian. Oleh hal yang demikian, JHEP mengorak langkah menerbitkan satu makalah yang informatif serta menarik minat pelanggan agar dapat mengetahui semua aktiviti yang telah dilaksanakan. E-Buletin ini diterbitkan pada Januari 2024 secara dalam talian untuk tatapan semua.

Lebih Lanjut..

MAPUM

 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

MAPUM telah ditubuhkan melalui Mesyuarat Timbalan - Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor IPTA ke 123 pada 17 Julai 1993 bertanggungjawab dalam memperkasakan peranan Hal Ehwal Pelajar, Penginapan dan Perkhidmatan Pelajar selari dengan perkembangan dan cabaran masakini dalam pendidikan tinggi dan mendukung aspirasi hal ehwal pelajar selaras dengan misi dan visi universiti.

VISI

  • Sebuah Majlis penggubal dan rujukan yang berorientasikan kebajikan, pembangunan sahsiah dan perumahan pelajar

MISI

  • Menjadi penggubal dan pakar rujuk dalam membangun dan memperkasakan sahsiah, kebajikan dan perumahan pelajar .

 

DEFINISI PERUMAHAN UNIVERSITI

Bermaksud tempat tinggal yang disediakan atau diurus oleh universiti untuk kemudahan pelajar seperti:

  • Kolej Kediaman/Asrama/Desasiswa/ Mahallah
  • Rumah kelamin atau keluarga (pelajar)
  • Rumah pelajar antarabangsa
  • Rumah khas jawatan (felo dan pengetua)
  • Rumah tamu dalam kolej kediaman
  • Penginapan pelajar luar kampus

 

FUNGSI MAPUM

  • Sebagai badan rujukan untuk menentukan penanda aras dan sumber rujukan IPT dalam hal ehwal penginapan dan perkhidmatan pelajar
  • Menganjur dan mengendali program-program yang ada hubungkait dengan sistem pengurusan penginapan dan perkhidmatan pelajar, penganjuran seminar, persidangan, bengkel dan mesyuarat bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan pegawai universiti terutama ahli MAPUM dalam hal ehwal berkaitan.

 

KEAHLIAN MAPUM

Dua (2) orang wakil tetap MAPUM daripada setiap universiti.

  • Pengerusi Majlis Pengetua atau pengetua yang dilantik oleh universiti
  • Pengurus Asrama/Pegawai Tadbir yang dilantik oleh universiti.

Namun pelantikan di atas adalah tertakluk kepada kelulusan TNC HEPA setiap universiti.

HEBAHAN

Sebarang aduan dan cadangan mengenai perkhidmatan kami, layari :

Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Bangunan Anjung Siswa,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah.
088-320000 (Ext : 4219 / 4175)
088 - 320060
pejhep[at]ums[dot]edu[dot]my
@jhepumsofficial
@jhepumsofficial