Dari Meja Pendaftar

This image for Image Layouts addon

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya merakamkan bicara aluan selamat datang dan ucapan terima kasih atas kunjungan anda ke laman web Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah. Dengan sukacitanya saya menyampaikan maklumat ringkas mengenai jabatan kami.

Dengan nilai bersama “Cekap, Cepat dan Tepat”, Jabatan Pendaftar UMS mempunyai tanggungjawab dalam menyokong kecemerlangan universiti dari sudut tadbir urus, pengurusan sumber manusia, pembangunan modal insan, perkhidmatan akademik serta kawalan keselamatan warga kampus dan harta universiti. Kami sentiasa komited dalam melaksanakan penyampaian perkhidmatan dengan lebih berinovatif, efisien dan mesra pengguna demi hasil terbaik kepada anda.

Laman web ini diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada pengunjung untuk menggunakan perkhidmatan kami, disamping menjadi sumber rujukan maklumat yang pantas kepada semua. Perkongsian informasi dan aktiviti Jabatan Pendaftar UMS di dalam platform ini harap dapat dimanfaatkan bersama untuk kesejahteraan masyarakat.

Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini dan turut mempersilakan anda untuk melayari laman web Jabatan Pendaftar UMS.

Sekian, terima kasih.

LUQMAN RIDHA ANWAR

Pendaftar