BAHAGIAN
PERKHIDMATAN AKADEMIK

Jalan UMS, 88400
Kota Kinabalu. Sabah

088-329 060
Bahagian Perkhidmatan Akademik adalah penggerak utama universiti dan bertanggungjawab mengurus pengambilan, kemasukan, pendaftaran, maklumat rekod, peperiksaan, pengijazahan pelajar dan konvokesyen serta semua urusan yang berkaitan dengan hal ehwal akademik universiti. Bahagian ini juga berfungsi sebagai Sekretariat Mesyuarat Senat dan Mesyuarat Jawatankuasa Prasiswazah.

Layari Laman Web Bahagian Perkhidmatan Akademik
This image for Image Layouts addon

KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Syukur ke hadirat Allah swt yang telah memberi peluang kepada kita untuk sama-sama memartabatkan Universiti Malaysia Sabah sebagai Puncak Menara Gading dalam menimba Ilmu pengetahuan di peringkat Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD.

Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA), Universiti Malaysia Sabah telah wujud sejak tahun 1995. Bahagian ini diletakkan di bawah Jabatan Pendaftar. Sementara semua operasi perkhidmatan akademik diletakkan di bawah tanggungjawab Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.

BPA merupakan penggerak utama universiti yang bertanggungjawab dalam mengurus promosi dan pengambilan pelajar di peringkat diploma dan sarjana muda, pendaftaran pelajar masuk universiti, pendaftaran kursus, penjadualan kuliah dan peperiksaan,  pengijazahan, pengurusan dasar serta semua operasi berkaitan perkhidmatan dan aktiviti hal ehwal akademik di UMS. BPA juga merupakan Urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Prasiswazah, Diploma dan Asasi, dan Mesyuarat Senat.

Dalam menjalankan fungsinya, BPA dibahagikan kepada 3 Sektor dan 4 seksyen iaitu Sektor Pendaftaran Kursus dan Penjadualan Kuliah, Sektor Pengijazahan dan Rekod Pelajar, Sektor Pentadbiran dan Kewangan, Seksyen Promosi, Pengambilan dan Kemasukan Pelajar, Seksyen Peperiksaan dan Penilaian, Seksyen Dasar dan Senat, dan Seksyen Pengurusan Dewan Kuliah Pusat dan Penjanaan.

BPA bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya. Sehubungan itu pelanggan boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenai perkhidmatan akademik di peringkat diploma dan sarjana muda di UMS melalui laman sesawang http://bpa.ums.edu.my/ atau menghubungi kami di facebook @BPAkadUMS.

Norti Hj. Sirin
Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Akademik.

VISI

"Menjadi Bahagian yang unggul, berdaya saing dan diiktiraf dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya."

MISI

"Memastikan urusan Kemasukan, Pendaftaran, Penjadualan Kuliah, Maklumat Rekod, Peperiksaan dan Pengijazahan Pelajar diurus dengan berkesan berpandukan kepada standard yang ditetapkan seiring dengan matlamat dan objektif Universiti."

NILAI BERSAMA

BENEFICENT :
Acting with compassion, responsibility and positive impact for society

RESILIENT : Adaptive, agile and strong in navigating challenges and change.
AUTHENTIC : Grounded in integrity, transparency and true institutional identity.

INCLUSIVE : Embracing divercity, equity and shared participation.

NURTURE : Developing people, talent and potential for sustainable growth.

OBJEKTIF

Mengurus Kemasukan, Pendaftaran, Penjadualan Kuliah, peperiksaan, Sistem Maklumat dan Pengijazahan Pelajar dengan berkesan berpandukan piawai dan KPI yang ditetapkan oleh Universiti.

Memastikan Pelaksanaan Jawatankuasa Prasiswazah, Diploma dan Asasi dan Mesyuarat Senat diurus dengan berkesan selari kaedah, peraturan dan perlembagaan UMS.

Image
Image
Image