BAHAGIAN
KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN BAKAT

088-202220
Bahagian Kepimpinan dan Pengurusan Bakat bertanggungjawab menguruskan pembangunan bakat, pelan penggantian, pengajian lanjutan, biasiswa, kursus-kursus universiti serta menetapkan dasar pelaksanaan dan pembangunan kompetensi kakitangan.
This image for Image Layouts addon

KATA ALUAN KETUA BAHAGIAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Malaysia Madani,

Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKePT) telah ditubuhkan pada 01 November 2022. Antara peranan utama bahagian ini adalah menganjurkan program latihan untuk kakitangan Akademik, Pengurusan & Profesional dan Pelaksana dengan terancang, sistematik, dan meningkat prestasi dan produktiviti kakitangan.

Selain itu, bahagian ini juga memfokuskan kepada pembangunan kepimpinan UMS terlaksana dengan strategik dan berwawasan di samping membantu UMS menjana dana melalui program-program latihan yang sesuai.

Dalam memacu pelan penggantian universiti, bahagian ini diamanahkan untuk mengenalpasti kelompok bakat universiti (Talent Pool) bagi tujuan pelan penggantian jawatan dan mengenalpasti kompetensi dan gap kompetensi bakat kepimpinan universiti sejajar dengan visi bahagian ini iaitu menjadi pusat pengurusan dan pembangunan bakat yang berkualiti, produktif dan cemerlang dalam merealisasikan visi dan misi Universiti.

Kami di BKePT akan sentiasa komited dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik, mesra dan professional kepada semua. CEKAP CEPAT DAN TEPAT.

KAMISAH BINTI HUSIN
Ketua, Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat

VISI

Menjadi pusat pengurusan dan pembangunan modal insan yang berkualiti, produktif dan cemerlang dalam merealisasikan Visi dan Misi Universiti


MISI

Sentiasa berinformasi dalam memberikan perkhidmatan yang mesra pelanggan


NILAI BERSAMA

1. DINAMIK : Bersedia dengan segala perubahan
2. KERJASAMA : Sentiasa bersama dalam merealisasikan objektif Jabatan dan UMS
3. KOMUNIKASI : Penyampaian maklumat dan perkhidmatan yang cekap, cepat dan tepat
4. BERILMU : Sentiasa berpengetahuan dalam bidang tugas dan sentiasa cakna
5. KREATIF : Sentiasa berinovasi dengan idea-idea baharu


OBJEKTIF

Mengoptimumkan potensi sumber manusia melalui pembangunan modal insan yang kompeten dan produktif

Image
Image
Image
Image