BAHAGIAN
PENTADBIRAN DAN GOVERNAN

bpgpendaftar[at]ums.edu.my | 088 - 329 431
Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar diamanahkan melaksanakan tadbir urus terbaik (Good Governance) untuk universiti bagi memenuhi keperluan pelanggan (stakeholder).
This image for Image Layouts addon

KATA ALUAN KETUA BAHAGIAN

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke halaman Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah. Halaman ini memperkenalkan maklumat berkaitan fungsi dan perkhidmatan yang diuruskan oleh Bahagian Pentadbiran dan Governan,seiring dengan memperkukuhkan pelaksanaan tadbir urus baik (good governance) Universiti agar akauntabiliti dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dapat dikekalkan.

Bahagian Pentadbiran dan Governan melaksanakan tadbir urus terbaik untuk jabatan dan universiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Antara fungsi utama yang diuruskan termasuk pengurusan governan universiti, keurusetiaan Lembaga Pengarah Universiti, pengurusan rekod universiti, pengurusan Majlis Konvokesyen UMS, pengurusan Jawatan Utama dan Ijazah Kehormat, perkhidmatan telefonis dan mel universiti, pengurusan kewangan Jabatan Pendaftar serta keurusetiaan KRA di bawah Jabatan Pendaftar.

Isi kandungan laman web ini sentiasa dikemas kini agar maklumat yang diperolehi kekal relevan untuk kelestarian dalam sistem penyampaian perkhidmatan. Kami juga sentiasa berusaha untuk menambah baik kemudahan halaman ini demi menjamin kepuasan pelanggan yang berurusan di Bahagian Pentadbiran dan Governan.

Bagi pihak Bahagian Pentadbiran dan Governan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pengurusan halaman ini. Semoga maklumat yang dicari dapat diperolehi dan memberi manfaat yang sebaiknya kepada semua.

Sekian, terima kasih.

AZMI BIN JUMAT

Ketua, Bahagian Pentadbiran dan Governan
Jabatan Pendaftar

VISI

Menjadi sumber rujukan dasar dan tadbir urus Universiti

MISI

Memperkasakan tadbir urus baik melalui sistem penyampaian yang bersepadu

NILAI BERSAMA

ONE SPIRIT, ONE TEAM, ONE WIN (SATU SEMANGAT, SATU PASUKAN, SATU KEMENANGAN)

OBJEKTIF

● Memantapkan tadbir urus Universiti melalui pelaksanaan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti
● Memantapkan pengurusan Lembaga Pengarah Universiti
● Memantap dan memastikan pengurusan rekod repositori dasar dan rekod-rekod universiti sentiasa relevan
● Menjadi pusat sumber rujukan tadbir urus Universiti
Image
Image
Image
Image