DARI MEJA PENGARAH

Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains, UMS
Image

Prof. Madya Dr. Loumi @ Noumie Surugau

PENGARAH
Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains,
Universiti Malaysia Sabah
Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains, UMS
Pada mulanya, Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains merupakan satu seksyen di bawah Bahagian Instrumentasi di Pusat Penyelidikan dan Inovasi. Pada 2016, Seksyen ini telah dinaik taraf menjadi sebuah pusat. Status ini telah membawa kepada tambahan tanggungjawab yang baru. Pada masa kini, Pusat meneruskan tugas-tugas yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Instrumentasi sebelum ini.
 
Tugas-tugas ini termasuk mengurus dan menyelaras kerja penyelenggaraan pencegahan dan pembaikan pada instrumen terpilih di fakulti, pusat penyelidikan dan unit; menawarkan perkhidmatan analisis menggunakan instrumen yang canggih; memudahkan proses akreditasi makmal; dan menyelaras perancangan dan perolehan instrumen bagi tujuan penyelidikan dan pengajaran. Kini, Pusat ini juga bertanggungjawab dalam meningkatkan kompetensi kakitangan di bawah skim sains dengan merancang dan menjalankan latihan teknikal untuk mereka serta mengurus makmal bersepadu.

Sejak 2017 Pusat ini mempunyai bangunan sendiri yang menempatkan makmal bersepadu (Makmal Bersepadu). Instrumen canggih, yang kerap menjalani penyelenggaraan diletakkan di makmal ini. Mempunyai instrumen ini di dalam makmal berpusat akan memberi manfaat dan keistimewaan kepada penyelidik dan pelajar dengan cekap kerana mereka boleh mendapatkan semua analisis dan ujian dilakukan di bawah satu bumbung, menjimatkan kos dan masa. Ini pastinya akan mengukuhkan lagi aktiviti penyelidikan. Untuk menjadikan UMS relevan kepada rakyat Sabah, perkhidmatan di makmal bersepadu turut ditawarkan kepada agensi kerajaan dan swasta serta individu di luar UMS. Maklumat mengenai Pusat dan perkhidmatan teknikalnya yang terdapat dalam makmal bersepadu ada disediakan dalam laman web ini.
 
Saya amat berharap orang ramai dari semua lapisan masyarakat akan mendapat manfaat daripada laman web ini dan kami akan terus berkembang maju untuk memperbaikinya.