Pengumuman Daripada: Jabatan Digital UMS

 

 

Terima kasih kerana berurusan dengan Jabatan Digital UMS. 
 
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama Y.Bhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan dengan mengimbas kod QR di atas.
 
Sekian dan terima kasih atas kerjasama.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Pendaftar mempelawa kepada semua kakitangan UMS Lantikan tetap/ baharu/lantikan semula/ tukar lantik yang memenuhi syarat untuk mengemukakan permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan melalui modul modul Pengesahan Perkhidmatan HROnlineV4: https://registrar.ums.edu.my/
 
Sekian, terima kasih.

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN PERKHIDMATAN INSTRUMEN DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)
 
Sukacita dimaklumkan bahawa poster hebahan berkaitan perkhidmatan instrumen yang disediakan oleh Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS), Universiti Malaysia Sabah dilampirkan bersama untuk makluman dan rujukan YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Kelab Surirumah dan Staf Wanita UMS (KESUMBA)

 

Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) akan menganjurkan Majlis Makan Malam KESUMBA pada 09 OGOS  2025 (Sabtu) bertempat di The Palace Ballroom,Tingkat 6, The Palace Hotel Kota Kinabalu bermula jam 6.00 Petang.
 
Sehubungan dengan itu, KESUMBA selaku penganjur Majlis Makan Malam ini ingin menjemput semua ahli KESUMBA dan bukan ahli KESUMBA untuk menghadiri majlis makan malam ini.  
Yuran adalah sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja) kepada ahli manakala bukan ahli KESUMBA adalah RM90.00 (Ringgit Malaysia :  Sembilan puluh Sahaja)
 
Bayaran yuran Makan Malam KESUMBA ini boleh dikreditkan ke Akaun KESUMBA : CIMB 8601439537  (Reference : Dinner KESUMBA 2025)
 
Tarikh tutup untuk pengesahan kehadiran/pembayaran adalah pada 30 Julai 2025 (Rabu).
 
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan : -
 
Farah          : 011-3510 1707
Jumiati. S   : 013-416 6029
Wazilawati : 014-656 5294
 
Sekian, terima kasih.