Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat, UMS

 

Surat Permohonan Cenderahati Secara Atas Talian (.pdf)

 

 

YBhg.Prof.Datuk/YBrs. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan,

 

PEMAKLUMAN BERHUBUNG PERMOHONAN CENDERAHATI UMS SECARA ATAS TALIAN (STOR PUSAT - PUSAT PENGURUSAN STRATEGIK DAN KOMUNIKASI KORPORAT)

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Adalah dimaklumkan bahawa, permohonan cenderahati UMS telah dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian. Sehubungan itu, permohonan ini boleh dibuat melalui Sistem Pemantauan Pengurusan Aset melalui Menu Pengurusan Stor (submenu mohon stok) melalui pautan berikut : https://aset.ums.edu.my/portalspa/login.cfm

 

  1. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah menghubungi:
    1. Puan Majlimawati Abdul Majid, Ketua Pentadbiran di talian samb. 100960
    2. Puan Agustina Petrus, Pembantu Tadbir (P/O) di talian samb. 202000 

 

Segala kerjasama dan tindakan daripada pihak YBhg.Prof.Datuk/YBrs. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 



 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik, UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Prof. /Prof. Madya Dr./ Dr. / Tuan/ Puan

 

PPKA Talk Series 13: Engaging Students In An Online Learning Environment

 

Tarikh: 10 Disember 2021 (Jumaat)

Masa: 9:30 Pagi

Pautan: https://bit.ly/PPKATALKSERIES_13

 

✅ Semua ahli akademik dijemput hadir

✅ Mata IDP akan diberikan

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus, UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Prof. /Dr. /Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Pengurusan EcoCampus sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan kami.

 

Sehubungan dengan itu, kami memohon YBhg. Prof. /Dr. /tuan/puan agar dapat meluangkan sedikit masa mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan dengan mengimbas kod QR atau mengklik pautan berikut:

https://bit.ly/3EC2EEm

 

Maklumbalas YBhg. Prof. /Dr. /tuan/puan sangat dihargai.

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar, UMS

 

 

 

Assalamualaikum WBT dan Selamat Pagi

 

YBrs. Prof/Dr/Tuan/Puan

 

Dengan segala hormatnya dijemput hadir ke TAMU HIBRID UMS pada 9 Disember 2021 untuk menyokong Program Earn & Learn pelajar UMS. Masuk adalah secara PERCUMA.

 

🗓 9 Disember 2021 (Khamis)

⏱ 8:30 pagi - 5:00 petang

📌 Anjung Siswa dan secara langsung di Facebook www.facebook.com/pkpkp.official

 

Jangan lupa temu janji kita! letak dalam kalendar kerana sebanyak 20 vendor akan menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan secara bersemuka atau melalui Facebook live

 

Jumpa anda di sana nanti.

Jangan lupa Patuhi SOP

 

#pkpkpUMS #SiswapreneurUMS #UniversitiMalaysiaSabah #UMS #Sabah #KotaKinabalu #Borneo #Malaysia #SapotLokal