Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

✨KEMPEN BAYAR ZAKAT AKHIR TAHUN 2025✨
 
🎉✨🎁Hadiah cabutan bertuah menarik menanti anda
 
Sempena Penutup Tirai Tahun 2025
 
📌 Kempen bermula 22 sehingga 31 Disember 2025
 
Sukacitanya Pusat Islam UMS selaku Ejen Amil lantikan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) membuka kaunter bayaran zakat pada ketetapan berikut:
 
Hari : Setiap Hari Isnin - Jumaat
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Kaunter Zakat Pusat Islam UMS
 
“Zakat Tanggungjawab Kita, Manfaat Bersama”
 
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnaf
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoFarm

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik,
 
Pusat Pengurusan EcoFarm (ECOFARM) sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua pelanggan kami. Bagi mencapai matlamat tersebut pihak kami sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami.
 
Sehubungan itu, mohon jasa baik YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan di pautan https://erespon.ums.edu.my/kaunter/kepuasan_pelanggan?jafpib=ECOFARM&id=173 atau imbas kod QR di atas.
 
Maklum balas  YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik amat kami hargai.
 
Sekian, terima kasih
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa semua kakitangan UMS yang berstatus aktif WAJIB mengisi LNPT bagi tahun 2025.

Sehubungan itu, mohon agar semua Pegawai Yang Dinilai (PYD), Pegawai Penilai Pertama (PPP), Pegawai Penilai Kedua (PPK) dan Penilai Rakan Sekerja (PEER) dapat menyelesaikan tanggungjawab masing-masing mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Bersama ini dilampirkan Takwim Penilaian Prestasi (LNPT) Tahun Penilaian 2025 untuk rujukan.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

STATISTIK KUTIPAN BAYARAN ZAKAT HARTA [KAUNTER] PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH JANUARI SEHINGGA NOVEMBER TAHUN 2025
 
Assalamualaikum WBT
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacitanya, pihak Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga kerja Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan orang awam yang telah menunaikan zakat melalui kaunter Zakat Harta Pusat Islam UMS.
 
Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, Pusat Islam UMS telah dilantik secara rasmi sebagai ejen amil pungutan dan agihan zakat bagi pihak Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Memorandum Perjanjian (MOA) yang telah dimeterai secara rasmi pada 22 Oktober 2022.
 
Sehubungan itu, Pusat Islam UMS mengajak semua kakitangan UMS/orang awam menunaikan zakat melalui kaunter Zakat Harta Pusat Islam UMS pada ketetapan berikut:
 
Hari: Isnin  sehingga Jumaat
Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Kaunter Zakat Pusat Islam UMS
 
"Zakat Amanah Bersama, Manfaat Untuk Semua"
 
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnaf
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare