Pengumuman Daripada: Pejabat Canselori, Universiti Malaysia Sabah

 

Sukacita dimaklumkan bahawa, Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 dan 100 Hari Naib Canselor akan diadakan seperti berikut:

Tarikh

: 10 Januari 2023 (Selasa)

Masa

: 8:00 – 11:30 pagi

Sehubungan itu, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyaksikan Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 dan 100 Hari Naib Canselor melalui siaran secara langsung melalui Facebook Rasmi @UMS.Official dan YouTube @UMSNets Universiti Malaysia Sabah.

Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKEPT), Jabatan Pendaftar

 

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Permohonan Kursus Dalaman IDP Tahun 2023 secara atas talian telah dibuka dan boleh dipohon melalui sistem HR-Online V.4(MyIDP) di pautan https://registrar.ums.edu.my/staff/web/idp/takwim

3. Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Sektor Pembangunan Bakat dan Pelan Penggantian, Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat;

i.    Puan Elizabeth Malanjun – No. H.P: 0168307801 (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

ii.   Encik Abdul Nasir Bin Abdul Kadir - No. H.P: 0135475257 (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

iii.   Puan Delveja Jakin - No. H.P: 0126604110 (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 

Perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Penasihat Undang-Undang UMS (PPUU)

 

Assalamulaikum dan salam sejahtera YBrs Prof. / Prof. Madya Dr./ Dr./Tuan/Puan/Cik,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

Bersama ini dilampirkan surat Tanggungjawab Mengisytiharkan Harta Melalui Sistem HR Online V4 daripada Penasihat Undang-Undang dan Infografik Perisytiharan Harta kepada kakitangan UMS untuk makluman lanjut. 

Berikut pautan Perisytiharan Harta: https://registrar.ums.edu.my/staff/web/harta/index