Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr. /Tuan/Puan,
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Bersama ini disertakan infografik berkaitan Pemakluman Hari Kelepasan Am Bagi Negeri Sabah untuk rujukan dan hebahan di peringkat JAFPIB masing-masing.
 
Perhatian dan kerjasama di pihak YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 
Prof./Dr./Datuk/Tuan/Puan,
 
Peringatan kepada semua PEGAWAI PENILAI (PPP, PPK & PEER) yang MASIH BELUM membuat penilaian terhadap staf seliaan masing-masing bagi tahun penilaian 2024 agar mengambil tindakan SEGERA.
 
Kelewatan dalam membuat penilaian terhadap kakitangan akan menyebabkan implikasi berikut;
 
1. PYD tiada pergerakan gaji tahunan pada tahun 2025;
2. Tiada pelarasan gaji mengikut kadar kenaikan yang diumumkan kerajaan;
2. PYD tidak layak menuntut tunggakan pergerakan gaji tahunan jika lewat atas kecuaian sendiri;
3. PYD tidak layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat;
4. PYD tidak layak dicalonkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC);
5. PYD mengalami kesukaran memproses urusan pencen; dan
6. PYD, PPP, PPK dan PEER boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan (3)(2)(i) Akta Badan-Badan Berkanun [Tatatertib dan Surcaj] 2000 [Akta 605] kerana ingkar perintah.
 
Segala kerjasama dan perhatian Prof./Datuk/Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. Dr/ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
PEMAKLUMAN PERKHIDMATAN INSTRUMEN YANG DISEDIAKAN DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)
 
Sukacita dimaklumkan, bersama ini dilampirkan poster hebahan berkaitan perkhidmatan instrumen yang disediakan di Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) Universiti Malaysia Sabah untuk rujukan dan makluman YBhg. Prof/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

PEMAKLUMAN PEMBAYARAN EMOLUMEN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN (PGT) BULAN JANUARI 2025 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pemakluman ini bolehlah menghubungi:
💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
🌶️📲 088-329 068