Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Bagi melancarkan kerja-kerja pembinaan jalan raya di persimpangan Jalan UMS : laluan dari arah Kota Kinabalu ke Indah Permai akan dilencongkan ke atas flyover. 

 

Lencongan ini akan berkuatkuasa pada 28 Julai 2023 sehingga 27 September 2023. Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berhati-hati dan mematuhi arahan setiap papan tanda lalu lintas yang dipasang di sekitar kawasan tersebut. Segala kesulitan yang dihadapi amat dikesali.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

 

YBrs. Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormat, perkara di atas adalah dirujuk.

 

Bersama ini dilampirkan Takwim  Penghantaran Laporan Pemantauan bagi Projek Penyelidikan di Bawah Dana Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi (DP KPT)  Tahun 2023  untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.

 

Segala kerjasama dan perhatian pihak YBrs. Prof./Prof. Madya./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: U-Science UMS

 

✨ Salam Sejahtera Semua ✨

Bah ! Jom Sertai.
PROGRAM 3S : STEM SPEAKER SERIES
📔 Tajuk: Diet & Cancer
🗓️ Tarikh : 27 Julai 2023
📆 Hari : Khamis
🕰️ Masa : 02.30 Ptg- 03:30 Ptg
📍 Tempat : U-Science UMS, Aras bawah, Bangunan Perpustakaan
🔗 YouTube Live
 
🆓 Penyertaan adalah PERCUMA untuk semua. Anda dijemput HADIR.
 
Anjuran U-Science UMS dengan Sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah
 
Jom Follow:
Facebook: https://www.facebook.com/Uscience-UMS-107059204930998/
Instagram: https://www.instagram.com/Uscience_UMS.Official
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCtD_hus5OG-II22UYgfb9Hg

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan, sila hubungi kami di talian yang tertera di bawah. Terima kasih.
Whatsapp Number (Chat & Call):
+6088-320390
#UScienceUMS
#KSTI
#KSS
#SabahMajuJaya
#UniversitiMalaysiaSabah
#3SSTEMspeakerseries
#sokongpendidikanSTEM
#welearnweplaywediscover
#STEMUMS