Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini membuka peluang kepada warga universiti untuk menyertai program Infak HELWA melalui potongan gaji bulanan.
 
Program ini bertujuan menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti dakwah dan pembangunan ummah yang melibatkan:
✅Majlis Khatam Al-Quran (Ramadan)
✅Usrah Nurani dan kelas mengaji untuk pelajar, kakitangan serta orang awam
✅Bengkel Tajwid dan pembelajaran Al-Quran
✅Pembangunan kemahiran warga UMS
✅Pembelian bahan-bahan seperti Al-Quran, Iqra’, buku Tajwid dan rehal
 
Cara Penyertaan:
Log masuk ke HROnline v4.0
➡ Pilih Menu
➡ Klik Pusat Islam UMS
➡ Pilih Infak
➡ Klik Kelas Mengaji Helwa
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 
 
📞 Puan Fazelah:016-8655694
📞 Encik Ghazali: 014-912680

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Semua ketua pentadbiran di J/A/F/P/I/B diminta menetapkan Pegawai Penilai Pertama (PPP), Pegawai Penilai Kedua (PPK) dan PEER (bagi kakitangan akademik dan pentadbiran) bagi Tahun Penilaian 2025.
 
  • Semua kakitangan wajib melengkapkan penilaian prestasi melalui Sistem eLNPT.
  • Penilaian tidak lengkap akan menjejaskan pergerakan gaji tahunan, pengesahan jawatan, penyambungan kontrak, dan urusan perkhidmatan lain.
 
Kerjasama dan tindakan segera YBrs. Dr./Tuan/Puan amat dihargai.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pemantauan & Pematuhan, Jabatan Bendahari 

 

Tahu kah Anda Komitmen Pengurusan tinggi adalah NADI kepada tadbir urus kewangan yang sistematik dan berkesan?
 
Sektor Pemantauan & Pematuhan, Jabatan Bendahari dengan penuh rasa bersemangat menjemput tuan/puan untuk menghadiri Sesi Perkongsian Ilmu yang akan disampaikan oleh wakil Johan Anugerah Pengurusan Kewangan (APK) Tahun 2024 pada ketetapan berikut;
 
📆 Tarikh     : 03 Oktober 2025 (Jumaat) 
🕝 Masa       : 2.30 petang
🛰 Tempat   : Secara Atas Talian (Webex)
 
Objektif Sesi: Perkongsian tadbir urus kewangan sistematik yang boleh dijadikan panduan/benchmark kepada PTJ UMS untuk meningkatkan kualiti dan komitmen pengurusan kewangan di PTJ.
 
✅ Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga Universiti Malaysia Sabah (UMS)
✅ Markah IDP akan diberikan
 
Sesi Perkongsian boleh diakses melalui pautan seperti berikut:
 
🛰 Pautan Sesi Perkongsian :
 
❓Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Urus setia seperti berikut:-
📱www.wasap.my/6019-8007108 (Encik Jipin Helion)
📞Ext: 200503
🖥️ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
(Sektor Pemantauan dan Pematuhan)

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan bagi Skim Dana Penerbitan Buku (SDPB 4.0) dan Skim Dana Modul Pengajaran (SDMP 3.0) yang sebelum ini ditetapkan pada 30 September 2025, kini dilanjutkan sehingga 30 November 2025 (Ahad).
Tarikh Buka: 19 Julai 2025
Tarikh Tutup Dilanjutkan Sehingga: 30 November 2025

Garis panduan, borang permohonan dan dokumen berkaitan boleh dicapai melalui pautan berikut:
🔗 https://www.ums.edu.my/penerbitv2/index.php/references-publication  
Permohonan lengkap boleh dihantar ke Penerbit UMS pada hari bekerja:
🕘 Isnin – Jumaat | 9.00 pagi – 4.00 petang
📞 Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
  • Pn. Ainun: 013-8711716 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  
  • Pn. Veronica: 014-5586647 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Puan Alecia Angati (014-677 7518 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  
Perhatian dan kerjasama daripada YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian.

 

Announcement From:  Faculty of Social Sciences and Humanities

 

Call for Papers!

The 8th Regional Postgraduate Seminar in Social Sciences and Humanities 2025 (SPSSK 2025)

Theme: Social Sciences and Humanities in the Digital Era: Realities, Opportunities, and Future Directions.

Date: 12-13 November 2025

Mode: Hybrid

Venue: Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Malaysia Sabah.

For more information, please contact us: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.