Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

PERTANDINGAN VIDEO TIKTOK KKP SEMPENA SAMBUTAN HARI OSH SEDUNIA PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2024

Butiran Pertandingan adalah seperti berikut: 

📌 Tempoh Penyertaan: 01 Mei 2024 sehingga 19 Mei 2024 jam 11.59 malam 

 📌Tempoh Penjurian: 20 Mei 2024 sehingga 23 Mei 2024 

📌 Aktiviti: Menghasilkan video bertemakan *Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di tempat kerja*.

 📌 Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu video. Walau bagaimanapun, peserta hanya layak memenangi *satu hadiah* sahaja. 

📌Terbuka Kepada: Kakitangan dan Pelajar UMS serta Orang Awam. 

 

✨ ANDA BERMINAT?✨ 

Penyertaan adalah terbuka dan PERCUMA. Sila rujuk pautan berikut untuk panduan anda: TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN VIDEO TIKTOK 2024.docx Kemudian tekan pautan di bawah untuk pendaftaran penyertaan. https://forms.office.com/r/h7v08VZbx6 

🎁 Hadiah yang ISTIMEWA menanti anda. 

🌻🌻 Jangan lepaskan peluang ini. Jom bertiktok bersama kami🤳🏻 #OSHDayUMS2024 

 

PIC: 1. Anisa binti Hj. Assan - https://wa.me/qr/NKMAPSNOH3X4L1 

2. Beathny Azuren binti Atinin - https://wa.me.my/60136143214 

 

Anjuran: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP), Universiti Malaysia Sabah. 

Dengan Kerjasama: Kelab Ekonomi Perancangan dan Pembangunan (EPDEC), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Awasi tahap kebanjiran kuah dalam hidangan anda, terutamanya kuah bersantan atau berlemak. Semakin banjir kuah, semakin tinggi kalori,  semakin tinggi risiko obesiti! Jom, elakkan banjir dalam hidangan.  

#NNM2024UMS #fsmpums #nutrition #nutriclub

Maklumat pemakanan di atas adalah garis panduan umum. Sila rujuk ahli pemakanan & ahli dietetik berdaftar untuk nasihat pemakanan individu.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

Pertandingan Video Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sempena Program “See Me OSH@UMK 2.0
Pertandingan Poster Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sempena Program “See Me OSH@UMK 2.0
Pertandingan Virtual Run Sempena Program “See Me OSH@UMK 2.0
 
 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

 

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM “SEE ME OSH@UMK 2.0 TAHUN 2024” UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan.

 

2.       Sukacita dimaklumkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) akan menganjurkan Program “See Me OSH@UMK 2.0 Tahun 2024. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang program bermula bulan 09 Mei 2024 sehingga 30 Jun 2024. Program ini diadakan sempena sambutan Hari Sedunia Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada 28 April dan Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan pada minggu kedua bulan Julai setiap tahun.

 

3.      Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Pertandingan Virtual Run, Pertandingan Poster Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dan Pertandingan Video Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Maklumat lanjut berkaitan program/ pertandingan sepertimana poster yang dilampirkan. Sehubungan itu, pihak CMeOSH UMK menjemput YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,untuk menyertai serta mewar-warkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ini.

 

4.       Bersama – sama ini juga dilampirkan poster aktiviti untuk perhatian pihak YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan lanjut dan maklum balas berhubung perkara ini boleh hubungi Puan Norhidayu binti Noruddin ditalian 09-7797773/ 11315 atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.