Pengumuman Daripada: Fakulti Kejuruteraan

 

Iklan Kekosongan Jawatan Akademik Fakulti Kejuruteraan UMS

Fakulti Kejuruteraan (FKJ), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan akademik.

Maklumat lengkap berkenaan iklan ini boleh diperolehi melalui Laman Web Utama FKJ https://www.ums.edu.my/fkj/ UMS.

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

 

Jom berubat di farmasi PKU HUMS!

 
💊 Pilihan Ubat-ubatan yang Pelbagai
 
Farmasi PKU UMS menawarkan pilihan ubat-ubatan yang meliputi pelbagai keperluan kesihatan. Dengan stok ubat-ubatan yang berkualiti dan terkini, kami komited untuk memastikan anda mendapat penjagaan kesihatan yang terbaik.
 
🚚 Patient on Delivery (POD) - Poliklinik UMS & PRW sahaja
 
Kini anda boleh menikmati  perkhidmatan Patient on Delivery (POD)! Kini kami akan menghantar ubat-ubatan terus ke pejabat anda dengan selamat dan secepat mungkin.
 
📱 Whatsapp & Ambil - Poliklinik UMS & PRW sahaja
 
Tiada masa untuk beratur? Gunakan perkhidmatan Whatsapp & Ambil kami! Pesan ubat melalui aplikasi Whatsapp, dan kami akan menyediakan pesanan anda untuk pengambilan segera di kaunter Farmasi PKU UMS. Mudah, cepat, dan efisien!
 
Kunjungi Farmasi PKU UMS atau hubungi melalui Whatsapp/telefon.