Pengumuman Daripada: Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ✨ Karnival Kokurikulum kini bersua lagi dengan tema “Back to School” untuk Semester 2 Sesi 2022/2023 🎉🎉dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik, bertenaga dan kehadiran anda amatlah dialu-alukan. Karnival ini akan diadakan seperti ketetapan berikut🥳:


Tarikh   : 8 Julai 2023 (Sabtu)
Masa    : 8.00 pagi  - 5.00 petang
Tempat : Dewan Canselor, UMS

✨Terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti anda pada kali ini, seperti👇🏻 :

🔹Pameran Aktiviti Pelajar🎪

🔸Persembahan Menarik Pelajar🤩
 👉🏻Persembahan istimewa dari setiap kursus kokurikulum🎬🎭

🔹Cabutan Bertuah 🎡💰💰

🔸 Pertunjukan Fesyen 📷🕶️

🔹Kempen Derma Darah💉

✨Terdapat juga gerai-gerai jualan yang dibuka khas untuk pengunjung bagi menikmati pelbagai makanan yang mampu menaikkan selera anda semua. 🥐🍞🥖🥨🧀🍳🍟🍔🌭🍗🥓🍕🥙

✨Ayuh jangan lepaskan peluang!! marilah datang beramai-ramai dan memeriahkan lagi Karnival Kokurikulum ini yang mana pelbagai aktiviti menarik menanti anda.🤗🤩 Yang pastinya akan membuatkan hari anda lebih Ceria dan bermakna 🎉🎉Jumpa anda disana.🎪🥳 

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS (PUMS)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

 

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami secara berterusan, YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan Penerbit UMS melalui imbasan kod QR di poster atau pautan berikut; 

shorturl.at/xzS69

Maklum balas YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita UMS

 

Jangan lupa janji temu kita di MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SURI RUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KALI KE-26 (MAT KESUMBA KALI KE-26)

Tarikh           :           7 Julai 2023 (Jumaat)
Masa            :           8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat         :           Galeri Majlis, Bangunan Canselori/ Secara dalam talian https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m4624a652ad14889ac263cefb80b15558
 
Pengisian menarik!
👚👕 Gerai jualan di Foyer Blok Utara, Bangunan Canselori
🍭 Doorgift
🎁 Cabutan Bertuah (Untuk 100 terawal yang berdaftar dan hadir secara fizikal di Galeri Majlis, ahli KESUMBA FPL (Bilik Mesyuarat Utama, UMS FPL) dan KESUMBA KAL (Bilik Mesyuarat Tingkat 13, UMSKAL). Kaunter pendaftaran Cabutan Bertuah akan ditutup pada pukul 8.45 pagi.
 
🌸MAJU SEHATI🌸