Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus

 

Jom bersama-sama melestarikan pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu anjuran bersama antara pihak Sabah Energy Corporation dan Pusat Pengurusan EcoCampus UMS. 
 
Seluruh warga UMS serta para alumni UMS dijemput hadir.
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
 
Sekian, terima kasih dan harap maklum.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama Nursing Students Association (NUSA) akan menganjurkan program seperti ketetapan berikut:
 
📌 NURSES DAY CELEBRATION & INTERNATIONAL ONLINE NURSING SEMINAR 2025
Tema: Our Nurses. Our Future: The Economic Power of Care
📅 Tarikh: 22 Mei 2025 (Khamis)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
🏢 Tempat: Dewan Auditorium Utama, Blok B, FPSK, UMS
🌐 Seminar Online: Melalui pautan WEBEX (https://rb.gy/emheka)

Antara pengisian program termasuklah ucapan oleh Ketua Jabatan Kejururawatan dan Dekan FPSK, persembahan, pelancaran CNE Nursing Department serta dua sesi seminar bertaraf antarabangsa oleh penceramah dari Universitas Muhammadiyah Surakarta dan Universiti Malaysia Sabah.
 
Sehubungan itu, kami memohon jasa baik pihak Tuan/Puan untuk menghebahkan makluman ini kepada seluruh warga UMS melalui platform rasmi universiti.
 
Poster program disertakan untuk rujukan dan hebahan lanjut.
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan program ini, sila hubungi:
📞 Ms. Chung Su Chin – 012 833 3939
📞 Ms. Sharinah – 016 253 0163
 
Segala kerjasama dan sokongan pihak Tuan/Puan dalam membantu mempromosikan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kepercayaan YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan terhadap perkhidmatan kami.
 
Bagi tujuan penambahbaikan berterusan dan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih baik, pihak kami sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan. Justeru itu, kami amat menghargai sekiranya YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi soal selidik ini.
 
Soal selidik boleh diakses melalui imbasan kod QR yang tertera di poster atau melalui pautan berikut:
 
 
Segala maklum balas yang diterima akan digunakan sebagai asas penting dalam menambah baik mutu dan keberkesanan perkhidmatan kami.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.
 
#UMSTheBrainOfBorneo
#ppipums
#InI.UMS