Pengumuman daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf 

 

Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

KEMPEN PROJEK DERMA AM RAMADAN MUBARAK

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk

Sukacita dimaklumkan bahawa UMS melalui Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) mengadakan Kempen Projek Derma Am Ramadan Mubarak dengan kutipan dana sumbangan seikhlas hati daripada semua penderma. Sumbangan ini akan digunakan untuk membiayai apa-apa keperluan yang berkaitan dengan kebajikan pelajar, kakitangan dan kemudahan di Universiti selaras dengan TOR Tabung Amanah Derma Am. Sumbangan boleh disalurkan melalui aplikasi boost seperti berikut :

 https://boost-qrcode.oss-ap-southeast-3.aliyuncs.com/MCO0049306/DUITNOW_QR/static/602f5808110342ed58a7a468.pdf?v=1670836613 

Pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 088-320 000 Ext: 202 300 atau Mas Nurhafini binti Sidik di talian 088-320 000 Ext: 202 302.

Keprihatinan dan kedermawanan YBhg.Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah amat dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pentadbiran dan Governan (BPG)

 

Sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan Majlis Aspirasi Pendaftar Tahun 2023 seperti ketetapan berikut: 

Tarikh     : 17 April 2023 (Isnin) 

Masa       : 2.30 petang - 3.30 petang 

Platform : Webex Link : https://get-qr.com/1UHPFw

Sehubungan dengan itu, semua kakitangan pentadbiran adalah dijemput hadir ke Majlis Aspirasi Pendaftar Tahun 2023 melalui platform yang dinyatakan di atas atau scan QR kod yang tertera.

Sekian, terima kasih.