Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Assalamualaikum wbt warga UMS. Ramadan Kareem.

Jom nikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan di Restoran D'Losun FSMP dalam suasana penuh keberkatan.

Pelbagai juadah disediakan untuk disajikan kepada semua.

Surau juga disediakan bagi menjalankan ibadah setelah berbuka puasa. Terhad kepada 70 pax sahaja.

Buat tempahan sekarang di pautan yang berikut :

 
Terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif 

 

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan melalui QR Code yang disediakan.
 
Maklumbalas anda amat kami hargai.
 
Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan pada masa hadapan. Sila imbas kod QR di atas. Terima kasih atas maklum balas anda.
 
Sekian terima kasih
 
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Dato/Datin/Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

 
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
 
NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN BEKALAN ELEKTRIK RING 6 (KOLEJ KEDIAMAN TUN PANGIRAN AHMAD RAFFAE (KKTPAR), DKP 2 (BAHARU) DAN BANGUNAN PASCASISWAZAH PADA 08HB & 09HB MAC 2025
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Adalah dimaklumkan bahawa penutupan bekalan elektrik Ring 6 perlu dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh         :         08hb – 09hb Mac 2025 (Sabtu - Ahad)
Masa           :         8.00 Pagi sehingga 5.00 Petang
Bangunan   :         KKTPAR, DKP 2 (BAHARU), PASCASISWAZAH
Tujuan        :         Kerja-kerja penyambungan kabel elektrik (kabel bawah tanah)
 
Kerja-kerja ini perlu dibuat untuk penyambungan semula kerja-kerja kabel elektrik bawah tanah yang telah dilaksanakan pada 01 dan 02hb Mac 2025 yang lepas.
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara di atas, pihak YBhg.Datuk/Datin,Prof.,Dr.,Tuan/Puan boleh lah berhubung terus dengan Ir. Ts. Hernnie John, Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP  (016-818 0881), En. Mohd Affandy Damit, Penolong Jurutera Kanan, JPP (019-831 2146) atau En. Zasmin bin Utuh, Penolong Jurutera Elektrik, JPP (013-892 6428).  
 
Segala kesulitan amatlah dikesali.