Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan
 

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN PROJEK PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK 2.0 (PPRN 2.0) FASA 3 BAGI TAHUN 2025
 
YBrs. Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr., 
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Dasar dan Penyelidikan akan membuka permohonan projek Public-Private Research Network (PPRN 2.0) bagi Fasa 3/2025. Maklumat pembukaan permohonan adalah seperti berikut:
 
Takwim Permohonan Projek PPRN 2.0 Fasa 3 Tahun 2025  | 
Tarikh Pembukaan Permohonan  | 24 Julai 2025 (Khamis)  | 
Tarikh Tutup Permohonan  | 24 Ogos 2025 (Ahad)  | 
 
3.         Susulan itu, pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) memohon jasa baik dan kerjasama
YBrs. Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr. agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada semua penyelidik F/A/P/I masing-masing. Permohonan projek adalah menerusi sistem ePPRN yang boleh diakses melalui pautan  
https://epprn.mohe.gov.my/.
 
4.         Sehubungan itu, dilampirkan adalah Garis Panduan Pelaksanaan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (Public-Private Research Network – PPRN) 2.0 (Bilangan 1 Tahun 2025) untuk rujukan dan tindakan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat PPRN melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Perhatian dan kerjasama yang diberikan berhubung perkara ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
           
Sekian.