Pengumuman Daripada: Pusat Alumni, UMS

 

 

?Jejak Alumni UMS melalui "Live FB Page" Pusat Alumni UMS kembali lagi!!??

Jom ramai-ramai menyaksikan "LIVE" bersama Sably Yusin

pada 14 Julai 2021(Rabu) jam 10 pagi,

 

Alumni UMS tahun 2009 daripada

Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan

 

Topik: "Kambing & Magic"

 

 

?Terbuka kepada pelajar UMS,  alumni UMS dan orang awam.

 

?MySDP akan diberikan kepada pelajar UMS yg menyertai "Live" ini...

 

#stayconnected

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan, UMS

 

[HEBAHAN]: [NUOF] ASEAN VACCINE DEVELOPMENT AND MANUFACTURING

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa British High Commission Kuala Lumpur telah memanjangkan jemputan pelawaan kepada penyelidik Malaysia untuk menghantar penyataan minat / Expression of Interest (EoI) bagi Projek Penyelidikan Pembangunan dan Pembuatan Vaksin ASEAN 2021 - 2022, untuk menyokong tindak balas ASEAN terhadap pandemik Covid-19. Penerangan lanjut berkaitan permohonan ini, garis panduan dan dokumen permohonan boleh didapati di pautan https://www.gov.uk/government/news/call-for-expression-of-interest-supporting-covid-19-response-in-asean.

 

3. Setiap individu yang berminat perlu melengkapkan borang permohonan seperti di laman web di atas dan mengemukakan borang tersebut berserta dokumen berkaitan yang lengkap kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 14 Julai 2021 (Rabu), 11:59 malam (waktu Malaysia).

 

Segala jasa baik dan kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr. berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.