Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Sukacita dimaklumkan, tempoh pengisian borang e-LNPT tahun 2024 bagi semua kakitangan Akademik dan Pentadbiran dilanjutkan sehingga 15 Januari 2025 (Rabu). Mohon semua kakitangan agar membuat pengisian SEGERA sebelum atau pada 15 Januari 2025 (Rabu) jam 11.59 malam.
 
Syabas dan tahniah kepada semua kakitangan yang telah berjaya mengisi borang LNPT masing-masing mengikut takwim asal yang telah ditetapkan.
 
Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Radiologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 
Jabatan Radiologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah ingin menjemput anda menyertai seminar seperti ketetapan berikut:
 
Kursus           : Seminar of Basic Survival in Radiology (BSIR) 2025: Imaging of Non traumatic Acute Abdomen
Tarikh       : 24-26 April 2025
Lokasi      : Hotel Suria 7, Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu (24 - 25 April 2025, 8AM - 5PM) 
                    Jabatan Radiologi, Hospital Queen Elizabeth (26 April 2025, 8AM-12PM)
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang yang disediakan melalui website:
 
Sekian, terima kasih.