Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus

 

Pusat Pengurusan EcoCampus akan mengadakan Kursus Dalaman ChatGPT Untuk UI GreenMetric: Transfromasi Date Kepada Naratif Hijau pada 13 Oktober 2025 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Pengurusan EcoCampus. 
 
Kursus ini bertujuan memberikan latihan kemahiran tambahan kepada staf Pusat Pengurusan EcoCampus agar mampu menghasilkan hasil kerja yang lebih pantas dan menarik berkaitan UI GreenMetrics World University Rankings.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Patologi, Hospital UMS

 

BLOOD DONOR DRIVE 3.0 HUMS
Donate Blood, Save Lives❤️
🗓 Tarikh: 23 Oktober 2025 (Khamis)
🕘 Masa: 9:00 pagi – 4:00 petang
📍 Lokasi: Foyer Perpustakaan, UMS
📌 Anjuran bersama: Jabatan Patologi, HUMS & Jabatan Perubatan Transfusi, HQE II
 
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
 
✅ Kuiz dengan hadiah menarik
✅ Goodies bag untuk penderma
✅ Mata IDP & E-Sijil penghargaan
✅ Saringan Kesihatan Percuma
✅ Pemeriksaan kesihatan mental percuma
 
📎 Jangan lupa bawa MyKad anda! Untuk maklumat lanjut, hubungi:
📞 Aedelly 014-800 3055 📞Hanisah 010-766 8983
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

PENGEMASKINIAN LAPORAN PEMANTAUAN BAGI PROGRAM/PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (DP KPT) BILANGAN 2 TAHUN 2025
  
Sepertimana YBrs.Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, program/projek penyelidikan yang diluluskan di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) adalah tertakluk kepada Pemantauan berjadual sepanjang tempoh pelaksanaan penyelidikan. Pemantauan ini bertujuan memastikan pelaksanaan program/projek penyelidikan berjalan mengikut perancangan dengan mengambil kira pencapaian semasa prestasi fizikal dan kewangan serta bagi memastikan pemantauan di peringkat IPT/Institusi dapat dilakanakan dengan berkesan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan.  
 
Untuk tujuan tersebut Sesi Pemantauan bagi Program/Projek Penyelidian di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) Bilangan 2 Tahun 2025 telah dibuka yang merangkumi skim geran penyelidikan berikut :
 
  1. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2021 sehingga Fasa 1/2024.
  2. Skim Geran Penyelidikan Fundamental-Penyelidik Muda (FRGS-EC) Tahun 2024
  3. Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2023 sehingga Fasa 1/2024.
  4. Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2019 sehingga Fasa 1/2020
Laporan Prestasi bagi kitaran pemantauan bilangan 2 Tahun 2025 hendaklah disediakan secara manual memandangkan Sistem MyGRANTS masih tidak dapat diakses pada masa ini. Pelaporan adalah pencapaian data sehingga 30 September 2025 bagi semua projek penyelidikan mengikut geran penyelidikan masing-masing. Bagi projek yang telah berstatus tamat, ketua penyelidik hendaklah mengemukakan Laporan Akhir mengikut format yang telah disediakan dengan mengisi Borang Final Report yang dilampirkan. Borang-borang berkaitan boleh di muat turun melalui Kod Qr yang tertera di poster infografik. 
 
Laporan pemantauan perlu dilengkapkan melalui Borang yang dilampirkan (mengikut skim geran penyelidikan masing-masing) berserta dokumen pembuktian dan dikemukakan ke Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  sebelum atau pada 25 Oktober 2025 (Sabtu, sebelum atau pada jam 12:00 tengah hari).
 
6. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Puan Rohani Binti Hadi di nombor telefon : 016-8032554 atau Encik Afendih Ambrih di nombor telefon : 013-8216167.
 
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
 
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu (PBAKK) 2025, Penerbit UMS dengan sukacitanya menjemput warga akademik, pelajar dan orang awam untuk menyertai Bengkel Jana Pendapatan sebagai Pempengaruh Buku yang disampaikan oleh Encik Hafiz Latiff, Presiden Persatuan Booktube Malaysia.
 
Tarikh:              15 November 2025 (Sabtu)
Masa:                9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat:      Bilik Seminar, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu
Penceramah: En. Hafiz Latiff, Presiden persatuan Booktube Malaysia  

Apa yang bakal anda peroleh selepas mengikuti bengkel ini?
  • Memahami proses penerbitan dan strategi pemasaran buku.
  • Menerapkan kaedah membina jenama diri sebagai pempengaruh buku.
  • Mengetahui peluang penjanaan pendapatan melalui karya dan pengaruh penulisan.
  • Membina rangkaian serta keyakinan untuk berkarya secara berterusan.
  • Berpeluang untuk menerbit dengan Penerbit UMS.
 Borang pendaftaran:
 
Maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Veron: +6014-558 6647
Puan Alecia: +6014-677 7518
Cik Adhwa: +6018-874 0721
 
Sekian.