Announcemet From: Borneo Marine Research Institute

 

🔊 THIRD ANNOUNCEMENT
 
EXTENDED SUBMISSION AND PAYMENT DEADLINE 🔊🔊🔊
 
📝 CALL FOR PAPERS
 
3rd INTERNATIONAL CONFERENCE ON AGRICULTURE, MARINE AND AQUATIC RESOURCES (ICAMARS)
 
"Bridging Land, Sea: Sustainable Strategies for Agriculture, Marine & Aquatic Resources"
 
🗓 Date: 26 - 27 November 2025
📍 Venue: Virtual
 
✍🏼 Registrations and Abstract Submission: https://forms.gle/w3Y5zRpUw2yGvqf18
 
Secretariat: Borneo Marine Research Institute, Universiti Malaysia Sabah
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus

 

Pusat Pengurusan EcoCampus akan mengadakan Kursus Dalaman ChatGPT Untuk UI GreenMetric: Transfromasi Date Kepada Naratif Hijau pada 13 Oktober 2025 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Pengurusan EcoCampus. 
 
Kursus ini bertujuan memberikan latihan kemahiran tambahan kepada staf Pusat Pengurusan EcoCampus agar mampu menghasilkan hasil kerja yang lebih pantas dan menarik berkaitan UI GreenMetrics World University Rankings.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Patologi, Hospital UMS

 

BLOOD DONOR DRIVE 3.0 HUMS
Donate Blood, Save Lives❤️
🗓 Tarikh: 23 Oktober 2025 (Khamis)
🕘 Masa: 9:00 pagi – 4:00 petang
📍 Lokasi: Foyer Perpustakaan, UMS
📌 Anjuran bersama: Jabatan Patologi, HUMS & Jabatan Perubatan Transfusi, HQE II
 
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
 
✅ Kuiz dengan hadiah menarik
✅ Goodies bag untuk penderma
✅ Mata IDP & E-Sijil penghargaan
✅ Saringan Kesihatan Percuma
✅ Pemeriksaan kesihatan mental percuma
 
📎 Jangan lupa bawa MyKad anda! Untuk maklumat lanjut, hubungi:
📞 Aedelly 014-800 3055 📞Hanisah 010-766 8983
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

PENGEMASKINIAN LAPORAN PEMANTAUAN BAGI PROGRAM/PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (DP KPT) BILANGAN 2 TAHUN 2025
  
Sepertimana YBrs.Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, program/projek penyelidikan yang diluluskan di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) adalah tertakluk kepada Pemantauan berjadual sepanjang tempoh pelaksanaan penyelidikan. Pemantauan ini bertujuan memastikan pelaksanaan program/projek penyelidikan berjalan mengikut perancangan dengan mengambil kira pencapaian semasa prestasi fizikal dan kewangan serta bagi memastikan pemantauan di peringkat IPT/Institusi dapat dilakanakan dengan berkesan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan.  
 
Untuk tujuan tersebut Sesi Pemantauan bagi Program/Projek Penyelidian di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) Bilangan 2 Tahun 2025 telah dibuka yang merangkumi skim geran penyelidikan berikut :
 
  1. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2021 sehingga Fasa 1/2024.
  2. Skim Geran Penyelidikan Fundamental-Penyelidik Muda (FRGS-EC) Tahun 2024
  3. Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2023 sehingga Fasa 1/2024.
  4. Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2019 sehingga Fasa 1/2020
Laporan Prestasi bagi kitaran pemantauan bilangan 2 Tahun 2025 hendaklah disediakan secara manual memandangkan Sistem MyGRANTS masih tidak dapat diakses pada masa ini. Pelaporan adalah pencapaian data sehingga 30 September 2025 bagi semua projek penyelidikan mengikut geran penyelidikan masing-masing. Bagi projek yang telah berstatus tamat, ketua penyelidik hendaklah mengemukakan Laporan Akhir mengikut format yang telah disediakan dengan mengisi Borang Final Report yang dilampirkan. Borang-borang berkaitan boleh di muat turun melalui Kod Qr yang tertera di poster infografik. 
 
Laporan pemantauan perlu dilengkapkan melalui Borang yang dilampirkan (mengikut skim geran penyelidikan masing-masing) berserta dokumen pembuktian dan dikemukakan ke Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  sebelum atau pada 25 Oktober 2025 (Sabtu, sebelum atau pada jam 12:00 tengah hari).
 
6. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Puan Rohani Binti Hadi di nombor telefon : 016-8032554 atau Encik Afendih Ambrih di nombor telefon : 013-8216167.
 
 
Sekian, terima kasih.