Pengumuman Daripada
: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Kepada
: Semua Staf Akademik Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam
 
Assalamualaikum dan Sejahtera,
 
Sukacita kami merujuk kepada pengumuman daripada Persatuan Kakitangan Akademik UMS bertarikh 3 Mac 2017 dengan tajuk yang sama. Adalah dimaklumkan bahawa Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2011 yang dirujuk di dalam penggunaan tersebut telah dibatalkan penggunaan sesuai dengan pembatalan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada tahun 2012.
 
Pekeliling yang sedang berkuatkuasa berkenaan dengan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut:
i. 
 Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2002 – Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan
ii.
 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009 – Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam
iii.
 Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi (Guru) Universiti Malaysia Sabah – Sistem Penilaian Prestasi secara atas Talian (e-LNPT)
 
Sehubungan itu, pihak kami menasihatkan agar sebarang pengumuman berkenaan pekeliling perkhidmatan awam hendaklah melalui kebenaran dan semakan Pejabat Pendaftar Universiti Malaysia Sabah terlebih dahulu.
 
Sekian dan terima kasih.
 
Lampiran:
 

Pengumuman Daripada
: Unit Prestasi Dan Saraan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Kepada
: Pegawai Yang Dinilai (PYD)
: Pegawai Penilai Pertama (PPP)
: Pegawai Penilai Kedua (PPK)
Subjek
: PERINGATAN PERTAMA: Pengisian Dan Penilaian Borang Penilaian Prestasi E-LNPT Tahun Penilaian 2016
Pegawai Dihubungi
: Pn. Nurazean Sheir: 1360
: Pn. Sabiah Bansai: 1173
 

Pengumuman Daripada
: Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Solat Hajat Bagi Memohon Keselamatan Dan Kesejahteraan Untuk Malaysia
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Solat Hajat akan diadakan selepas Solat Jumaat bermula pada hari ini (10 Mac 2017) bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan untuk Malaysia yang sedang menghadapi ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara ekoran daripada penahanan 11 orang  rakyat Malaysia di sana.
 
Sekian.