Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

📚 JUALAN MEGA BUKU PENERBIT UMS 📚
 
Warga Universiti Malaysia Sabah dipelawa hadir memeriahkan Jualan Mega Buku Penerbit UMS sempena sesi kemasukan pelajar baharu 2025/2026 dan pembukaan Kedai Buku Penerbit UMS di Bangunan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB).
 
🗓️ 6 – 26 Oktober 2025
⏰ 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Ruang Legar, Kedai Buku Penerbit UMS, PPIB
 
Pelbagai judul buku daripada penerbit ternama menanti anda dengan potongan harga istimewa sehingga 80%! 🎉
 
Jangan lepaskan peluang luar biasa ini untuk menambah koleksi bacaan ilmiah dan santai anda.
 
#PenerbitUMS #UMStheBrainofBorneo #BukuUntukSemua

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Katalog HUMSPharma
 
🫀 Tahukah Anda? 
 
Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)
Hipertensi digelar “pembunuh senyap” kerana kebanyakan pesakit tidak ada gejala, tetapi boleh merosakkan jantung, buah pinggang, otak, dan mata jika tidak dikawal.
Kenapa perlu pantau?
✔ Mengesan masalah lebih awal
✔ Menilai keberkesanan ubat atau perubahan gaya hidup
✔ Berkongsi bacaan tepat dengan doktor untuk rawatan yang lebih baik
👉 Kawal kesihatan anda dengan OMRON Blood Pressure Monitor
📌 Dapatkan hari ini di HUMSPharma!
🛒  Pesan Disini
 

 
🍬 Tahukah Anda? 
 
Diabetes
Diabetes berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan atau menggunakan insulin dengan betul, menyebabkan paras gula dalam darah tinggi. Jika dibiarkan, ia boleh membawa kepada kerosakan saraf, kegagalan buah pinggang, masalah jantung, dan buta.
Kenapa perlu pantau?
✔ Mengelakkan paras gula terlalu tinggi atau rendah yang berbahaya
✔ Membantu kawalan diet & senaman harian
✔ Mencegah komplikasi serius dan mengurangkan kos rawatan hospital
👉 Lindungi diri anda dengan Accu-Chek Glucometer – cepat, tepat, dan dipercayai di seluruh dunia.
📌 Kini boleh didapati di HUMSPharma!
🛒  Pesan Disini

 

Pengumuman Daripada: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan/Puan,
 
Dengan ini disertakan poster serta QR Kajian Kepuasan ASTiF untuk dimasukkan di announcement UMS untuk tindakan pihak tuan/puan.
 
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan ASTiF melalui QR Code tersebut. Maklumbalas anda amat kami hargai.
 
Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan pada masa hadapan. Sila imbas kod QR di atas. Terima kasih atas maklum balas anda.
 
Sekian terima kasih

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Sempena Sambutan Minggu Akademia UMS 2025 yang berlangsung pada 3 - 10 Oktober 2025, Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA) menjemput untuk menghadiri Webinar Kecemerlangan Akademik yang akan diadakan pada 7 Oktober 2025 (Selasa) secara dalam talian seperti maklumat berikut;
 
 
WEBINAR KECEMERLANGAN AKADEMIK SIRI 2/2025: RETHINKING EDUCATION: INTEGRATING MORAL PURPOSE AND SUSTAINABILITY THROUGH TRANSFORMATIVE TEACHING
 
Tarikh: 7 Oktober 2025 (Selasa)
Masa: 9:00 Pagi
Meeting no. : 2644 769 9891
 
Penceramah:  Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Kamaruddin bin Abd Hamid
                    Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) Fakulti Kejuruteraan 
 
 
WEBINAR KECEMERLANGAN AKADEMIK SIRI 3/2025: INTEGRATING AI INTO TEACHING AND LEARNING ACTIVITIES FOR ACADEMIC INNOVATION
 
Tarikh: 7 Oktober 2025 (Selasa)
Masa: 2:00 Petang
Meeting no. : 2642 563 5857
 
Penceramah: Prof. Madya Ts. Dr. Chin Kim On
            Fakulti Komputeran Dan Informatik
 
 
✅ Semua ahli akademik dijemput hadir 
✅Mata IDP (elektif) akan diberikan 
 
Sekian.