PENGUMUMAN DARIPADA
: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK
: MASALAH KEHADIRAN UNTUK 23 HINGGA 27 MEI 2016
 
Sistem E-Attendance mengalami kegagalan untuk memproses data kehadiran untuk tarikh 23 hingga 27 Mei 2016. Pihak kami telah mengenal pasti punca permasalahan dan akan mereset semula data kehadiran untuk tarikh tersebut. Mohon abaikan sebarang pending for reason untuk kehadiran "ABSENT" yang telah di emailkan kepada tuan/puan.
 
Untuk makluman tuan/puan, data kehadiran yang di "punch in" setiap pagi dan "punch out" pada sebelah petang tetap akan di rekodkan ke dalam pangkalan data. Mesin E-Attendance masih menerima dan merekodkan data kehadiran tersebut seperti biasa.
 
Harap Maklum

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT ISLAM UMS
SUBJEK
: KURSUS MOTIVASI PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN MENGIKUTI KURSUS MOTIVASI PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) TAHUN 2016
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa UMS melalui Pusat Islam UMS dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Kementerian Pertahanan Cawangan Negeri Sabah akan mengadakan kursus motivasi pelajar pada ketetapan seperti maklumat berikut:
 
            Tarikh                        : 1hb-2hb Jun 2016 (Rabu-Khamis)
            Tempat                       : Dewan Mini Auditorium Fakulti Psikologi dan Pendidikan
            Masa                           : 7.00 Am – 5. 00 Pm
            Yuran Penyertaan     : RM60.00
 
3.         Penyertaan program ini adalah terbuka kepada semua anak-anak kakitangan serta anak-anak masyarakat sekitar Kota Kinabalu yang berumur 11 hingga 19 tahun sahaja. Sehubungan dengan itu, kerjasama Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat memanjangkan perkara ini kepada kakitangan di bawah seliaan Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menggalakkan penyertaan.
 
4.         Bersama-sama dengan surat ini, disertakan borang penyertaan dan tentatif program tersebut seperti di Lampiran. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Yusri Bin Sumin H/P : 010-5063481 / Pej. : 088-320000 - Samb. 2742.
 
Segala kerjasama dan keprihatinan pihak Y. Bhg. Datuk/Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga usaha seumpama ini akan dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada kita di dunia dan akhirat, In Shaa Allah.
 
Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK
SUBJEK: PELAN DKP 2

PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN
SUBJEK : LANGGANAN PANGKALANDATA KNOVEL
 
LANGGANAN PANGKALANDATA KNOVEL
Pengguna yang dihormati,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perpustakaan telah melanggan pangkalandata
Knovel.
Subjek yang terdapat didalam pakej langganan adalah seperti berikut:
1. Chemistry & Chemical Engineering
2. Civil Engineering & Construction Materials
3. Earth Science
4. Electrical & Power Engineering
5. Electronics & Semiconductors
6. Engineering Management & Leadership
7. Environment & Environmental Engineering
8. Fire Protection Engineering & Emergency Response
9. Industrial Engineering & Operations Management
10. Manufacturing Engineering
11. Mechanics & Mechanical Engineering
12. Nondestructive Testing & Evaluation
13. Oil & Gas Engineering
14. Pharmaceuticals Cosmetics & Toiletries
15. Plastics & Rubber
16. Process Design Control & Automation
17. Safety & Industrial Hygiene
18. Sustainable Energy & Development
19. Transportation Engineering
Senarai pangkalandata langganan boleh dilayari di URL berikut: