Pengumuman Daripada: Pusat Persediaan Sains dan Teknologi

 

Assalamualaikum w.b.t  dan Salam Sejahtera  
 

YBhg. Datuk/Prof/Dr/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) amat mengalu-alukan aduan/komen dan cadangan semua warga UMS  mengenai mutu penyampaian perkhidmatan PPST dengan mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan yang disediakan di pautan  https://erespon.ums.edu.my/kaunter/kepuasan_pelanggan?jafpib=PPST&id=104  atau mengimbas kod QR yang telah disediakan seperti dalam poster.
 
Segala kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan PPST.  
 
Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.  

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data dan Kecerdasan Buatan

 

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. /Dr. /Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa, Polisi Kecerdasan Buatan (versi 1.0) / Artificial Intelligence Policy  (Version 1.0) Universiti Malaysia Sabah telah diluluskan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) UMS pada 19 Ogos 2025 dan disahkan di Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UMS pada 27 Oktober 2025.
 
Sehubungan dengan itu, bersama ini diedarkan salinan polisi tersebut untuk perhatian dan rujukan pihak YBhg. Prof. /Dr. /Tuan/Puan dengan mengklik pautan berikut: https://dartic.ums.edu.my/dic/documents/#dictab|5
 
Sekian, terima kasih