Pengumuman Daripada: U-Science UMS

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui U-Science dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) menjemput anda ke satu sesi perkongsian bermanfaat:
 
✨ TEROKAI PARU-PARU ✨
🗣️ Bersama Cik Fatin Khatreena binti Michael l Penolong Pegawai Sains l U-Science, UMS
 
📅 Tarikh: 4 Oktober 2025 (Sabtu)
⏰ Masa: 08.30 pagi – 09.30 pagi
📍 Tempat: Dewan SK Pasir Putih, Tawau
 
🔴 Siaran langsung di YouTube:
 
Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu mengenai penjagaan paru-paru anda demi kesihatan yang lebih baik.

 

Pengumuman Daripada: U-Science UMS

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui U-Science dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) menjemput anda ke satu sesi perkongsian bermanfaat:
 
✨ SAINS KESIHATAN: TANGAN BERSIH, HIDUP SIHAT ✨
🗣️ Bersama Puan Nur Alhana Aliman | Jururawat, HUMS
 
📅 Tarikh: 4 Oktober 2025 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.30 pagi – 10.00 pagi
📍 Tempat: Dewan SK Pasir Putih, Tawau
 
🔴 Siaran langsung di YouTube:
 
Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu mengenai kepentingan penjagaan kebersihan tangan demi kesihatan yang lebih baik.
 
💡 Tangan Bersih, Hidup Lebih Sihat!

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

LANGKAH MUDAH
DAFTAR ZAKAT PENGGAJIAN ANDA
 
PANDUAN SECARA DALAM TALIAN [HRONLINE UMS]
SISTEM ZAKAT PENGGAJIAN KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
DAFTAR DAN BAYAR ZAKAT ANDA KINI HANYA DI HUJUNG JARI
 
Assalamualaikum WBT,
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Makluman untuk kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS), bayaran zakat bagi pencarum baharu dan pencarum sedia ada boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi HROnline UMS.
 
Zakat merupakan kewajipan bagi umat Islam untuk membantu golongan yang memerlukan dan membersihkan harta. Di zaman teknologi kini, proses membayar zakat menjadi lebih mudah dengan adanya platform atas talian (online). 
 
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar bayaran zakat Penggajian melalui HRONLINE Ums :-
 
HRONLINE UMS – Menu – Pusat Islam Ums – Zakat Penggajian
 
PENCARUM BAHARU
Langkah 1 : Maklumat Pencarum
Langkah 2 : Taksiran Zakat
Langkah 3 : Jenis Permohonan
(layak berzakat/tidak layak berzakat)
 
PENCARUM SEDIA ADA
Langkah 1 : Maklumat Pencarum
Langkah 2 : Taksiran Zakat
Langkah 3 : Jenis Permohonan
(Penambahan PZB/Penukaran PCB kepada PZB)
 
Sebarang persoalan, sila hubungi:-
UNIT ZAKAT, PUSAT ISLAM UMS
Di talian Hotline Pusat Islam:-
 
☎️Directline : 088-320 624
📧Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
📞Pn. Noorisah 0132855378
📞Pn. Kartini 0198042698
📞Cik. Noorfazlina 0138085856
 
#UMSshare
#Zakatmembawaberkat

 

Pengumuman Daripada: Pusat Persediaan Sains dan Teknologi

 

Assalamualaikum w.b.t  dan Salam Sejahtera  

 

YBhg Datuk/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) amat mengalu-alukan aduan/komen dan cadangan semua warga UMS  mengenai mutu penyampaian perkhidmatan PPST dengan mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan yang disediakan di pautan  https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=104&key=PPST  atau mengimbas kod QR yang telah disediakan seperti dalam poster.
 
Segala kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan PPST.  
 
Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.  
 
Sekian.