Pengumuman daripada    : Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Subjek                               : Lanjutan Tempoh Permohonan Untuk Fellowship Scheme
 
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) telah melanjutkan tempoh permohonan bagi Fellowship Scheme sehingga 30 April 2018 (Isnin). Permohonan untuk Berth Support to Antartica juga dibuka sehingga 30 April 2018.
 
Untuk maklumat lebih lanjut, laman rasmi YPASM bolehlah dilayari menerusi alamat http://www.ypasm.my/.
 
Sekian, terima kasih. 
 

Pengumuman Daripada : Pusat Jaringan Industri dan Komuniti, Aras 1, Bangunan Pusat Pengajian Pascasiswazah
Subjek: Happiness Projects Fund Oleh Yayasan Khind Starfish
 
Tuan/Puan,
 
PENGUMUMAN: PERMOHONAN DANA BAGAI AKTIVITI KEMASYARAKATAN TAJAAN YAYASAN KHIND STARFISH
 
Permohonan Happiness Projects Fund Oleh Yayasan Khind Starfish kini dibuka kepada semua pelajar UMS mulai 6 April 2018 (Jumaat). Kepada pelajar UMS yang berminat, tuan/puan adalah dipohon untuk mengemukakan permohonan yang lengkap berserta dokumen sokongan yang berkenaan ke pejabat Pusat Jaringan Industri dan Komuniti, UMS pada atau sebelum 27 April 2018 (Jumaat), 3.00 petang.
 
Maklumat lanjut berkenaan dana, boleh dapatkan di pautan berikut: http://www.khindstarfishfoundation.org.my/project-list.php
 
Pegawai Dihubungi:
Encik Suffian M. Osman (612 222)
Puan Norlie Mail (612 205)
 

Pengumuman Daripada: Sektor Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek: Jemputan Menyertai Kursus ‘Data Analysis Using SmartPLS (Partial Least Squares)’
 
SEMUA STAF AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN MENYERTAI KURSUS ‘DATA ANALYSIS USING SMARTPLS (PARTIAL LEAST SQUARES)’
 
Sukacita dimaklumkan Unit Latihan (Akademik), Sektor Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Kursus ‘Data Analysis Using SmartPLS (Partial Least Squares)’ pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh         : 18 – 19 April 2018 (Rabu – Khamis)
Masa           : 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat       : Bilik Komputer Khusus, JTMK
 
3.    Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa bagi menyertai kursus tersebut dengan menghantar nama dan UMSPER ke alamat emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada 11 April 2018 (Rabu).
 
Bersama ini dilampirkan tentatif kursus untuk rujukan dan tindakan selanjutnya YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA
SUBJEK: WONDERWALL MESSAGE BOARD COMPETITION BY "SAY IT IN ENGLISH" CAMPAIGN
 
‘Wonder Wall’ is a free contest organised by English Club in collaboration with the ‘Say It in English’ campaign at PPIB that encourages students to be confident to write and share their inspiring and meaningful messages in English by writing them on sticky notes or cute-sized coloured papers to be pinned on the ‘Wonder Wall’ board, PPIB. Cash prizes await  the 3 top original, creative & inspiring messages!
 
Participation: Opens to ALL UMS students
Submission Date: 4 April 2018 to 25 April 2018
Prizes:      1st  = RM100
         2nd = RM75
         3rd = RM50
 
Should there be any queries, please contact Ms. Nadiawati (010 952 5284, Ext: 5083) or Ms. Nor Dawirah (013 995 1759, Ext: 5025).