Pengumuman daripada: Jabatan Pendaftar
 
Subjek: Semakan Status Permohonan Jawatan Pentadbiran
 
Adalah dimaklumkan bahawa status permohonan jawatan pentadbiran telah dikemaskini dalam sistem HROnline v4.0. Sehubungan dengan itu, semua pemohon boleh menyemak status permohonan di menu Ejobs. Sekiranya status permohonan anda adalah diluluskan, sila klik di bahagian Temuduga untuk muat turun surat jemputan ke ujian kompetensi yang akan diadakan pada hari Jumaat ini (24 Januari 2020).

PENGUMUMAN

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

 

Pengguna Perpustakaan yang dihormati, untuk makluman Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup pada ketetapan  berikut:-

 

25 - 26 Januari 2020

-

Tahun Baru Cina (Sabtu & Ahad)

27 Januari 2020

-

Cuti Ganti Tahun Baru Cina (Isnin)

 

   Pihak Perpustakaan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua Warga UMS yang meraikannya.

 

Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:

 

  http://ums.edu.my/library

atau ezproxy.ums.edu.my/login

 

 Pengumuman Daripada   : Seksyen Pengurusan Inovasi Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (Pppi)

Subjek                           :  Pemakluman Pembukaan Permohonan Geran Public-Private Research Network (Pprn) 2.0 Fasa 1/2020, Kementerian Pendidikan Malaysia (Kpm)

 

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan permohonan geran Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 Fasa 1/2020 bermula pada 21 Januari 2020. Sehubungan itu, penyelidik UMS yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan geran tersebut.

                                                                                                         

Berikut adalah tarikh dan perkara penting berkenaan pembukaan permohonan ini:

 

BIL.

PERKARA

CATATAN

1.

Tarikh Pembukaan Permohonan Peringkat KPM

-          21 Januari 2020 – 21 Februari 2020

2.

Tarikh Akhir Penghantaran Permohonan Peringkat UMS

14 Februari 2020

3.

Dokumen Permohonan

Dihantar ke Pejabat PPPI dalam bentuk:

i) dua (2) set salinan hardcopy

ii) satu (1) set salinan softcopy (CD/ Pendrive)

4.

Urus Setia PPPI

-       Seksyen Pengurusan Inovasi:

-       No. Samb.: 613803/ 613806/ 613815

 

Bersama ini dilampirkan Garis Panduan Pelaksanaan dan Borang Permohonan PPRN 2.0 untuk rujukan dan tindakan selanjutnya di pihak YBrs. Prof./ Dr./ tuan/ puan.

 

Sekian, terima kasih.