Pengumuman Daripada: Bahagian Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Dato/Datin/Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
 
NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN BEKALAN ELEKTRIK RING 6 (KOLEJ KEDIAMAN TUN PANGIRAN AHMAD RAFFAE (KKTPAR), DKP 2 (BAHARU) DAN BANGUNAN PASCASISWAZAH PADA 15HB-16HB MAC 2025 (SABTU-AHAD)
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Adalah dimaklumkan bahawa penutupan bekalan elektrik kecemasan Ring 6 perlu dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh         :         15hb - 16hb Mac 2025 (Sabtu - Ahad)
Masa           :         8.00 Pagi sehingga 5.00 Petang
Bangunan   :         KKTPAR, DKP 2 (BAHARU), PASCASISWAZAH
Tujuan        :         Kerja-kerja Penyelenggaraan Pencawang dan Penyambungan bekalan elektrik HUMS
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara di atas, pihak YBhg.Datuk/Datin,Prof.,Dr.,Tuan/Puan boleh lah berhubung terus dengan Ir. Ts. Hernnie John, Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP  (016-818 0881), En. Mohd Affandy Damit, Penolong Jurutera Kanan, JPP (019-831 2146) atau En. Zasmin bin Utuh, Penolong Jurutera Elektrik, JPP (013-892 6428).  
 
Segala kesulitan amatlah dikesali.
 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Terima kasih kerana berurusan dengan pihak Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP). Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan di bawah atau imbas kod QR tersebut: 
 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Keselamatan 

 

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN KEPADA WARGA UMS BERHUBUNG LOKASI PARKIR KENDERAAN SEMPENA MAJLIS SUNGKAI PERDANA UMS BERSAMA TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH
 
Tarikh : 14 Mac 2024 (Jumaat)
Masa : 4.00 petang - 10 malam
Tempat : Masjid UMS
 
Sebarang pertanyaan atau urusan rasmi lain boleh disalurkan di talian;
 
HOTLINE BKUMS ; 012-7922979 (Whatsapp)
 
Sekian dan terima kasih.