Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data dan Kecerdasan Buatan (DARTIC)

 

Untuk makluman, pindaan kali ke-3 GARIS PANDUAN PERMOHONAN DAN PENGHANTARAN DATA DAN MAKLUMAT UMS telah diluluskan diperingkat pengurusan UMS.
 
Oleh itu, bermula 1 Februari 2025, garis panduan ini adalah terpakai kepada semua staf UMS, pelajar UMS dan pihak luar yang ingin memohon data UMS. 
 
Untuk keterangan lanjut, sila semak GARIS PANDUAN PERMOHONAN DAN PENGHANTARAN DATA DAN MAKLUMAT UMS di pautan berikut: Documents | PPDM - Pusat Pengurusan Data & Maklumat
 
Sekian dan Terima Kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Menerusi Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) memberikan keistimewaan kepada orang Islam. Akta berkenaan menyatakan: “Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis”
 
Sebagai Contoh:
PCB [Patut dipotong]   RM100
Zakat Bulanan              – RM70
PCB [Kena Potong]   = RM30
 
Pusat Islam UMS menyediakan perkhidmatan bayaran zakat secara potongan melalui gaji yang lebih mudah, selamat dan perbelanjaan bulanan yang lebih terancang. Perkhidmatan ini dinamakan Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang boleh diakses melalui sistem HR online UMS. Potongan tersebut akan dibuat secara bulanan oleh majikan dan setiap pemotongan akan tertera di dalam penyata gaji bulanan.
 
Bagaimana nak mula atau tambah potongan zakat? Anda boleh:
- Log masuk ke Sistem HR online UMS
- Pilih Menu
- Pilih Pusat Islam UMS
- Pilih Zakat Penggajian
 
Jom mula potong...
 
Sebarang Persoalan, boleh menghubungi: 088-320 624 (Hotline)
 
#zakatmembawaberkat
#mudahberzakatbersamapiums
#pzb
#UMSshare

 

Announcement From: Division of Leadership & Talent Development

 

🔊COME AND JOIN US!! OPEN FOR PUBLIC 🔈
📌Title : Foundations Of Data Science And AI: Building Blocks For Data-Driven Decision Making
 
Date : 22 February 2025 (Saturday) 
Time : 9.00 am  - 5.00 pm
Venue : Bilik Pembangunan Bakat 1, Aras 4, Bangunan Canselori UMS
Trainer  : Dr. Hjh. Farashazillah Yahya (Chief Data & Artificial Intelligence Officer Director of Data Management and Artificial Intelligence Centre UMS & HRD Corp TTT Certified Trainer)
 
Course Fee: RM300.00 / pax
 
Link For Registration: https://forms.gle/ULEqq3FQ2GaHS1T98   
📞Further Info please contact: Ms Elly Emylia (013-1508145) / ellyemylia.ums.edu.my📞