Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

 
KURSUS KOMPETENSI HALAL
 
YBhg. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan, Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), FSMP, UMS akan mengadakan Kursus Kompetensi Halal pada 13 Februari 2025. Dilampirkan poster kursus untuk rujukan selanjutnya.
 
Sekiranya berminat, YBhg. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan boleh mendaftarkan diri dengan mengimbas QR Kod yang dilampirkan dalam poster atau mengisi borang melalui pautan yang disediakan (Pautan: https://forms.office.com/r/wVDgsYh0jP)
 
Apakah keperluan kursus ini untuk industri halal? Merujuk kepada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020;
✅ Latihan Kompetensi Halal hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sekali kepada semua ahli Jawatankuasa Halal Dalaman yang dilantik secara rasmi oleh pihak pengurusan tertinggi syarikat.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut program anjuran PPPH, klik pautan berikut: 
atau
Hubungi 0149323152 (Pn. Nurshada)
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

🌙✨ Sumbangan Iftar Ramadan 2025 Pusat Islam UMS ✨🌙
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
 
Bulan Ramadan semakin menghampiri! Mari bersama-sama merebut peluang melipatgandakan amalan kebaikan dengan menyumbang melalui Sumbangan Iftar Ramadan Pusat Islam UMS bagi tahun 2025.
 
Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” (HR. Tirmidzi)
 
Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan berikut:
 
Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
 
📞 010-3734 1337 atau 019-873 7704
 
🤲 Jom gandakan pahala, ringankan beban sesama umat, dan semarakkan keberkatan Ramadan kali ini!
 
Semoga Allah memberkati setiap sumbangan dan usaha kita. 🌟
 
#MasjidUMS
#UMSShare
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengajian Pascasiswazah 

 

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof./Dr. /Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.
 
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan kami di pautan berikut:
 
 
atau dengan mengimbas QR di dalam Flyer
 
Maklumbalas anda amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini. 
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

JEMPUTAN KE PROGRAM CERAMAH ISRAK MIKRAJ DAN SOLAT HAJAT IMTIHAN PERDANA DI MASJID UMS
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan Program Ceramah Israk Mikraj dan Solat Hajat Imtihan Perdana yang akan diadakan pada ketetapan seperti maklumat berikut:
 
Tarikh             : 27 Januari 2025 (Isnin)
Masa              : 6.00 Petang
Tempat          : Masjid UMS
 
3. Sehubungan dengan itu, pihak Pusat Islam amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof./Dr./tuan/puan untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan program ini. Bersama-sama dengan surat ini disertakan aturcara majlis untuk rujukan dan tindakan YBhg. Prof./Dr./tuan/puan selanjutnya.
 
Kerjasama dan sokongan pihak YBhg. Prof./Dr./tuan/puan berkenaan perkara ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
 
PUSAT ISLAM
Universiti Malaysia Sabah

 

Pengumuman Daripada : Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Adalah dimaklumkan bahawa merujuk kepada kelulusan melalui minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil.17/2024 Kali Ke-375, kerja-kerja penebangan keseluruhan pokok palma di Jalan Perdana Puncak Ilmu, UMS sedang dijalankan oleh pihak syarikat yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (Atikah Enterprise (Kinabalu) Sdn Bhd).

Oleh yang demikian, sebahagian jalan raya di kawasan terbabit akan ditutup bagi memberi ruang bagi kerja-kerja penebangan dijalankan.

Bagi menjamin keselamatan dan melancarkan kerja-kerja penebangan, sebarang aktiviti riadah, P&P dan penyelidikan di kawasan tersebut adalah tidak digalakkan sepanjang tempoh tersebut.

Semua pengguna jalan raya di kawasan yang terlibat, dimohon untuk mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sekian dan harap maklum.

TARIKH MULA            : 18 JANUARI 2025

TARIKH SIAP             : 26 JANUARI 2025  

 

LOKASI YANG BERLOREK MERAH ADALAH YANG TERLIBAT DENGAN KERJA-KERJA PENEBANGAN