Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

 

Dimaklumkan bahawa Tempoh Penilaian PPP, PPK dan PEER bagi LNPT Kakitangan Akademik dan Pentadbiran adalah seperti berikut;

 

Penilaian PPP: 16 Jan - 31 Jan 2025

Penilaian PPK: 1 Feb - 15 Feb 2025

Penilaian PEER: 1 Feb - 15 Feb 2025

 

Sehubungan itu, PPP dan PPK adalah diminta untuk membuat penilaian berdasarkan kepada Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia (Lampiran A2) perkara 20 (vii) dan (viii).

 

(vii)

“Pegawai Penilai Pertama dikehendaki membuat penilaian dan ulasan mengenai prestasi PYD setelah membincangkannya dengan PYD serta membuat perakuan yang sesuai dengan menggunakan borang LNPT yang berkenaan. Borang LNPT yang telah diisi oleh PPP hendaklah dihantar kepada PPK melalui urusetia; dan

 

(viii)

Pegawai Penilai Kedua (PPK) juga dikehendaki membuat penilaian prestasi PYD selepas Pegawai Penilai Pertama (PPP) membuat penilaiannya. Sekiranya terdapat perbezaan penilaian yang ketara, khususnya yang menyebabkan markah keseluruhan (purata) jatuh ke tahap yang tidak memuaskan, PPK hendaklah menyatakan alasan perbezaan itu dan memaklumkannya kepada PYD.”

 

Pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berharap agar semua PPP dan PPK dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagaimana yang dinyatakan seperti di atas.

 

Kerjasama semua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Sektor Prestasi dan Psikologi

💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

📝📲 0168917313 / 0168065272 / 0168446578

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan 

 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

 
Dengan segala hormatnya YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri sesi taklimat mengenai Garis Panduan Dana Pengkomersialan yang akan disampaikan oleh Profesor Dr. Jidon Janaun, Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP), Universiti Malaysia Sabah.
 
Butiran Sesi Taklimat adalah seperti ketetapan berikut:
 
🗓️ 22 Januari 2025 (Rabu)
🕒2:30pm - 4:30pm
📌 Atas talian (Webex): https://tinyurl.com/2p8bzpjb 
✅Mata IDP akan diberikan.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Perpustakaan UMS menjalankan Kempen Derma Buku 2025 sama ada sumbangan bahan bacaan terpakai atau baharu. Buku Ilmiah, motivasi, agama atau novel.

Sumbangan boleh disalurkan ke peti "Book Donation" Perpustakaan UMS atau ke Unit Hadiah dan Pertukaran Perpustakaan UMS.

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada nombor yang tertera.