Pengumuman Daripada:  Pusat Islam UMS

 

FREE MARKET 2024 (TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR DAN KAKITANGAN UMS)
 
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Islam UMS dengan Kerjasama Persatuan KESUMBA UMS, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), dan Tabung Haji (TH) akan mengadakan Program Free Market pada ketetapan berikut:-
 
🗓 Tarikh: 23 November 2024 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.00 pagi - 3.30 petang
🏢 Tempat: Pusat Islam, UMS
 
📍 Pelajar boleh mengambil secara percuma barangan mengikut keperluan.
 
🛍 Sumbangan Pre-Loved seperti barang terpakai, pakaian, kasut, buku dan makanan paket juga amat dialu-alukan (pastikan barangan masih dalam keadaan baik, bersih, tidak rosak dan boleh digunakan).
Dilarang menghantar barangan peribadi seperti pakaian dalam dan yang seumpamanya
 
Tuan/puan dijemput hadir untuk memeriahkan program...
 
#Ambil Yang Perlu
#Beri Yang Tidak Diperlukan
#Sila Bawa Beg Guna Semula Sendiri 
 
Jom Bersama Membangunkan Asnaf ✨
 
📞Sebarang Persoalan:
Puan Fazelah (016-865 5694)
Cik Aznadira (011-3382 1978)
Encik Ghazali (014-912 6809)
 
#freemarket
#membangunbersamaasnaf
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
PENUTUPAN AKTIVITI KUTIPAN/TERIMAAN DI PTJ BAGI TAHUN 2024
 
  • Tarikh akhir PTJ mengemukakan permohonan invois adalah selewat-lewatnya pada 29 November 2024 (Jumaat) ke Sektor Terimaan, Kutipan & Kawalan Penghutang, Jabatan Bendahari. 
 
  • PTJ yang telah diturunkan kuasa untuk menjalankan kerja-kerja kutipan/terimaan dikehendaki untuk menyerahkan semua kutipan/ terimaan yang diterima ke Kaunter Terimaan Jabatan Bendahari sebelum jam 11.00 pagi, 31 Disember 2024 (Selasa).
 
  • Semua urusan kutipan/ terimaan di peringkat PTJ hendaklah ditutup sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan seperti di atas.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pemakluman Daripada:
Sektor Terimaan, Kutipan dan Kawalan Penghutang
Jabatan Bendahari
(e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 
Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedang dalam pelaksanaan ke arah Kampus Tanpa Tunai.
 
Sehubungan dengan itu, semua urusan pembayaran di kaunter universiti dan kaunter peniaga di seluruh kampus UMS adalah melaksanakan mod bayaran urusniaga atau transaksi secara tanpa tunai seperti kad debit, kad kredit, e-dompet atau pembayaran melalui portal e-Payment UMS (FPX dan kad kredit atas talian).
 
Kerjasama dan komitmen daripada semua warga UMS adalah sangat diharapkan bagi merealisasikan Kampus Tanpa Tunai UMS.
 
Sekian dan terima kasih.
 
Info lanjut, sila hubungi: 
Sektor Terimaan, Kutipan dan Kawalan Penghutang
Jabatan Bendahari
(e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data Kecerdasan Buatan (DARTIC), UMS

 

Dimaklumkan bahawa Sistem Data Warehouse UMS (DWH) akan mengalami gangguan capaian disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan  dan pengemaskinian Sistem Pengoperasian Pelayan (Server) DARTIC pada Tarikh dan masa berikut:

 

Tarikh: 23 November 2024 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

 

Sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, sistem akan mengalami gangguan sementara.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Sekian dan Terima Kasih.

 

Announcement From: International Journal of Food, Faculty of Food Science and Nutrition

 

Assalamualaikum w.b.t. and A Very Good Day
 
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof. Dr./Assoc. Prof. Dr./Dr./Ir./Sr./Engr./Ts./Tuan/Puan
 
Exciting Opportunity! The International Journal of Food (IJF) is now accepting submissions for its upcoming issue. Showcase your research and increase its impact by sharing it with the global food science community. Don’t miss this chance to contribute to advancing the field—submit your paper today!
 
For more information on IJF and submission guidelines, please visit the following page
Journal/submission website:
 
 
Submission deadline: 31 December 2024