Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan

 

*Sertai Kami di Hari Perusahaan Sosial 2024: Zon Borneo! 🌍✨*
 
📅 Tarikh: Khamis, 21 November 2024  
🕘 Masa: 9:00 AM - 12:30 PM  
📍 Tempat: Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah (Lokasi: https://g.co/kgs/VtkdLKV)   
 
Jangan lepaskan peluang hebat ini untuk berhubung, belajar, dan diinspirasikan oleh usahawan sosial tempatan dan agensi utama. Terokai bagaimana perusahaan sosial memberi impak positif di Borneo dan sekitarnya!  
 
Acara:  
🔹 Wawasan dari Agensi Utama & Usahawan Sosial Tempatan  
🔹 Pameran Perusahaan Sosial  
🔹 Cabutan Bertuah Menarik  
🔹 Jualan Istimewa  
 
*Terbuka kepada Komuniti UMS & Awam*  
📍 Dapatkan Mata SDP & IDP  
📍 E-Sijil Disediakan  
📍 Masuk Percuma  
 
Daftar sekarang—tempat adalah terhad! Imbas kod QR untuk tempahan segera. Bersama-sama, kita menuju ke arah masyarakat yang inovatif dan berimpak!  
 
*Hubungi Kami:*  
📧 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.   
 
*Bersama, kita memimpin ke arah masyarakat inovatif! ✨*
 
📞 013-4061004  
📞 014-3533648  
📞 016-7768285

 

Announcement From: Faculty of Engineering

 

Exciting News! The Sustainable Engineering Journal (SUSTEN) is now accepting submissions for the upcoming issue. Don't miss this opportunity to contribute and submit your paper at this link, and be part of this exciting new initiative to advance sustainable engineering research and practice.

 

SUSTEN submission link:  https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/SE/about/submissions

Submission deadline: 15 February 2025.

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Penasihat Undang-Undang

 

Link :  https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m3ee7ed7d7ba72c05533aff761e621786

 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN MENGHADIRI WEBINAR GANGGUAN SEKSUAL: GURAU JE, JANGAN LAH MARAH
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) dengan kerjasama Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKePT) menjemput pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, menghadiri webinar di atas pada ketetapan seperti berikut:
 
            Tarikh         : 18 November 2024 (Isnin)
            Masa         : 9.30 pagi - 11.30 pagi
            Tempat       : Secara Dalam Talian (Webex)
                                      https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m3ee7ed7d7ba72c05533aff761e621786
            Penceramah  : Encik Mohd. Juhari bin Ab. Kadir, Universiti Malaysia Terengganu
 
3.    Sehubungan itu, mohon pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk membuat hebahan webinar ini kepada semua kakitangan di bawah seliaan YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
4.    Sesi perkongsian ini adalah terbuka kepada semua warga UMS.  
 
5.    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan En. Mohd. Nazif bin Yaakub di talian 014-8703170 atau di alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Perhatian dan kehadiran pihak YBhg. Prof. Datuk/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
      Sekian.
 
      --
      Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) 
      Universiti Malaysia Sabah
 

 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 23 November 2024 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Secara dalam talian)
Yuran: RM50.00 sahaja
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
 
Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2024: 
 
Sekian, terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif 

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
 
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang berkualiti, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif memohon jasa baik YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk memberi maklum balas perkhidmatan dengan mengisi borang soal selidik melalui Kod QR tertera atau pautan : https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=210&key=ASTiF 
 
Perhatian dan maklum balas YBrs. Prof./Datuk/Dr./Tuan/Puan berikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian terima kasih.