Pengumuman Daripada: Pusat Persediaan Sains dan Teknologi

 

Assalamualaikum w.b.t  dan Salam Sejahtera  

 

YBhg Datuk/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) amat mengalu-alukan aduan/komen dan cadangan semua warga UMS  mengenai mutu penyampaian perkhidmatan PPST dengan mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan yang disediakan di pautan  https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=104&key=PPST  atau mengimbas kod QR yang telah disediakan seperti dalam poster.
 
Segala kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan PPST.  
 
Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.  
 
Sekian.
 

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Katalog HUMSPharma
 
🫀 Tahukah Anda? 
 
Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)
Hipertensi digelar “pembunuh senyap” kerana kebanyakan pesakit tidak ada gejala, tetapi boleh merosakkan jantung, buah pinggang, otak, dan mata jika tidak dikawal.
Kenapa perlu pantau?
✔ Mengesan masalah lebih awal
✔ Menilai keberkesanan ubat atau perubahan gaya hidup
✔ Berkongsi bacaan tepat dengan doktor untuk rawatan yang lebih baik
👉 Kawal kesihatan anda dengan OMRON Blood Pressure Monitor
📌 Dapatkan hari ini di HUMSPharma!
🛒  Pesan Disini
 

 
🍬 Tahukah Anda? 
 
Diabetes
Diabetes berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan atau menggunakan insulin dengan betul, menyebabkan paras gula dalam darah tinggi. Jika dibiarkan, ia boleh membawa kepada kerosakan saraf, kegagalan buah pinggang, masalah jantung, dan buta.
Kenapa perlu pantau?
✔ Mengelakkan paras gula terlalu tinggi atau rendah yang berbahaya
✔ Membantu kawalan diet & senaman harian
✔ Mencegah komplikasi serius dan mengurangkan kos rawatan hospital
👉 Lindungi diri anda dengan Accu-Chek Glucometer – cepat, tepat, dan dipercayai di seluruh dunia.
📌 Kini boleh didapati di HUMSPharma!
🛒  Pesan Disini

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Sambutan Minggu Akademia UMS 2025 yang akan bermula dari 3 - 10 Oktober 2025. 
Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA) dengan kerjasama Pusat Sukan akan menganjurkan 'Academia Walk' pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 3 Oktober 2025 (Jumaat)
Masa: 4.00 petang
Tempat: Lobi VIP Bangunan Canselori