Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

HARI KEMUNCAK NUTRITION MONTH MALAYSIA (NMM) 2024

 

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan Hari Kemuncak Nutrition Month Malaysia (NMM) 2024 yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud akan diadakan seperti berikut:

🗓Tarikh: 24 Mei 2024

⏰Masa: 8.00 a.m - 4.00 p.m

📍Tempat: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah

 

Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik termasuklah saringan gula darah percuma, saringan tulang, runding cara pemakanan, trak makanan dan lain-lain

 

📌Terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan IPT Negeri Sabah (Masuk adalah percuma)

📌Terdapat cabutan bertuah dan hadiah menarik menanti anda!

 

Ubah Minda, Cegah Penyakit Berkaitan Pemakanan

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data dan Maklumat (PPDM)

 

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. /Dr. /Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Pengurusan Data dan Maklumat (PPDM) sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami.
Sehubungan dengan itu,mohon kerjasama YBhg. Prof. /Dr. /Tuan/Puan untuk mengisi dan melengkapkan Borang Kajian Kepuasan Pelanggan di pautan berikut dengan mengklik di sini https://bit.ly/ppdm-soalselidik
atau imbas QR Code di bawah;

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

 

TIDAK banyak negara di dunia yang memberikan kelonggaran kepada umat Islam dalam bab cukai. Di Malaysia, undang-undang negara ini menerusi Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) memberikan keistimewaan kepada orang Islam.
 
Akta berkenaan menyatakan: “Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis”.
 
📍 KAUNTER ZAKAT PUSAT ISLAM UMS📍
 
Hari: Setiap Hari Isnin - Jumaat
Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Pusat Islam UMS
 
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian, Sila hubungi:
Puan Noorisah (https://wa.me/60132855378)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)
Cik Raisyah (https://wa.me/60168505856)
 
“Seseorang lelaki daripada Bani Tamim telah datang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: “Wahai Rasulullah aku memiliki harta yang banyak juga mempunyai keluarga dan anak-anak. Terangkan kepada ku, bagaimanakah harus membelanjakannya dan apakah yang harus aku buat?”. Jawab Rasulullah S.A.W.: “Engkau keluarkanlah zakat sebahagian daripada hartamu kerana sesungguhnya ia (zakat) adalah penyuci yang menyucikanmu dan engkau menghubungkan silaturrahim kaum kerabatmu.”
 
(HR Ahmad)
 
#zakatmembawaberkat
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

 

Assalamualaikum WBT
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dijemput semua untuk mendapatkan perkhidmatan Taksiran Zakat Penggajian di Kaunter bertempat :
 
🗓️Tarikh : 23 Mei 2024 (Khamis)
⏰Masa : 10.00 pagi - 2.00 petang
📍Tempat : Fakulti Pertanian Lestari (FPL) Sandakan, UMS
🔗 Pengesahan Kehadiran: https://forms.office.com/r/hwWbZc6Q8y
 
Dokumen yang perlu dibawa?
 
✅ Penyata Gaji Tahunan
✅ Slip Gaji Terkini
✅ Kad Pengenalan
 
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat”.
 
(Surah An-Nur 24:56)
 
📌Mata IDP disediakan
📌Goodies disediakan
 
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian, Sila hubungi:
Puan Noorisah (https://wa.me/60132855378)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)
Cik Raisyah (https://wa.me/60168505856)
 
#jomberzakat
#umsleadingtowardsinnovativesocieties
#UMSshare