Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

PENDAFTARAN BAGI SIRI 2 SESI 2025 DIBUKA SEKARANG
 
 📆 TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 11 JULAI 2025
 
Anjuran Pusat Islam UMS dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
 
💐Assalamualaikum WBT & Salam sejahtera, sukacita dimaklumkan Unit Pengajian Islam Sepanjang Hayat (PISH), Pusat Islam UMS dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) menawarkan pengambilan Sijil Kursus SPPM Siri 2/2025.    
 
💳Yuran Pengajian : RM420 sahaja (Bayaran diterima secara ansuran/penuh)
 
📝BORANG PENDAFTARAN (Sila isi maklumat anda di pautan berikut) :
 
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Urusetia Sijil SPPM di talian:-
📞  Urusetia Sijil - 01133821978
 
#UMSShare
#PusatIslamUMS

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

🔈 WEBINAR PERCUMA | TERBUKA UNTUK SEMUA!
 
Sempena Hari Keselamatan Makanan 2025, anda dijemput menyertai satu sesi perkongsian menarik yang akan membuka mata kita tentang aspek keselamatan makanan yang sering diabaikan — iaitu tekstur makanan!
 
🍽️ Topik: “Tekstur Makanan Selamat – Elak Tercekik, Tingkatkan Keselamatan Makanan”
 
👨‍🏫 Penceramah: Dr. Aizul Azri Azizan, Pensyarah, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, UMS
🤝 Kerjasama: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
 
📅 Tarikh: Rabu, 18 Jun 2025
⏰ Masa: 9.00 – 11.00 pagi
💻 Platform: Cisco Webex (atas talian)
💸 Penyertaan: PERCUMA! dan e-Sijil disediakan
 
Kenapa anda patut sertai?
✅ Ketahui bahaya tersembunyi dalam tekstur makanan
✅ Fahami cara mencegah risiko tercekik, terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas
✅ Tingkatkan amalan keselamatan makanan di rumah & tempat kerja
✅ Sertai dari mana-mana sahaja!
 
📲 Imbas kod QR dalam poster untuk terus menyertai sesi melalui aplikasi Webex atau tekan pautan ini: https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m123c99b096d89dd3b5a031e808290270 
 
📌 Jangan lepaskan peluang ini untuk menambah ilmu demi keselamatan keluarga anda!
 
Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Facebook PPPH melalui pautan berikut: https://www.facebook.com/profile.php?id=61559936309323

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

Selamat sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
TAKLIMAT ASAS PENUBUHAN SYARIKAT PEMULA DAN SYARIKAT TERBITAN (SUSO) 
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Penubuhan Syarikat Pemula (Start-Up) dan Syarikat Terbitan (Spin-Off) (SUSO) Fasa 2 Tahun 2025 akan dibuka. Sehubungan dengan itu, pihak urus setia SUSO akan mengadakan sesi TAKLIMAT ASAS PENUBUHAN SYARIKAT PEMULA DAN SYARIKAT TERBITAN (SUSO), seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh
:
24 Jun 2025 (Selasa)
Masa
:
2.30 petang– 4.00 petang
Tempat
:
Pembicara
:
Dr. Bamini Kpd Balakrishnan
(Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Invoasi dan Pengkomersialan (PPIP)
 
3.       Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan, boleh membuat pengesahan penyertaan melalui pautan Microsoft Form: https://forms.office.com/r/wyhHPtKf2T. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan En. Mohd. Aiddy Suffian Abd Rashid di talian 013-581 0910 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau En. Mixsius Sumpongul di talian 011-51454370 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Perhatian dan kerjasama dariapda pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

📢Terkini: MAKLUMAN PENAMATAN LANGGANAN PANGKALAN DATA PRESSREADER
 
Untuk makluman kepada semua pelanggan Perpustakaan UMS bahawa Pangkalan Data PressReader telah ditamatkan langganannya bermula 16 Jun 2025.
 
Segala kesulitan amat dikesali.
 
#Makluman
#PenamatanLanggananPressReader
#PressReader
#PerpustakaanUMS
#UMStheBrainofBorneo