Pengumuman Daripada: Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan

 

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan fakulti, mohon kerjasama YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan agar dapat mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan FKAL dengan mengimbas kod QR di atas atau melalui pautan :-

https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=142&key=FKAL

Terima kasih berurusan dengan pihak kami dan menjadi responden dalam kajian kepuasan pelanggan ini.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 15 Feb 2025 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Secara dalam talian)
Yuran: RM50.00 sahaja
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
 
Pautan Borang Pendaftaran: 
 
Sekian, terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

 

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UMS Bertekad Cemerlang 💛🖤 
 
SYARAHAN BERSAMA UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH YOGYAKARTA (UMY) DAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
 
Dengan segala hormatnya, kami menjemput semua untuk menghadiri Syarahan Bersama Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bertajuk “Kerjasama Strategik Malaysia-Indonesia dalam Menangani Cabaran Politik Antarabangsa”.
 
Butiran Acara:
📅 Tarikh: 13 Februari 2025 (Khamis)
⏰ Masa: 2.00 - 5.00 petang
📍 Tempat: BMQA, Aras 3, FSSK, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
 
📌 IDP Point untuk staff disediakan 
 
Kami menantikan penyertaan anda.
 
Pautan Pendaftaran (Pelajar):
 
Sekian, terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus

 

Bengkel Penyediaan Laporan Kelestarian UMS 2023-2024
 
Tarikh: 19-20 Februari 2025
Masa: 9:00 pagi – 4:00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat EcoCampus, Aras 4, Blok Utara, Bangunan Canselori
 
Objektif bengkel diadakan adalah untuk memastikan laporan yang dihasilkan memenuhi keperluan penarafan/ranking yang disertai berkaitan aspek kelestarian. Laporan ini juga diharap akan dijadikan sebagai bahan rujukan warga UMS serta orang awam dalam pelaksanaan dan pemantauan inisiatif kelestarian. 
 
Bengkel akan dihadiri oleh warga akademik dan pengurusan yang mempunyai kepakaran dan menyumbang idea bagi merealisasikan suatu laporan yang padat, jelas dan komprehensif.
 
Laporan yang lengkap akan dimaklumkan dan boleh diakses di laman web Pusat Pengurusan EcoCampus kelak.
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Sekian, terima kasih dan harap maklum.