Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia, pihak Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) bersama-sama dengan Persatuan Diabetes Malaysia (Sabah) akan mengadakan Program Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat UMS yang akan ditetapkan pada butiran berikut:
 
Tarikh: 14 November 2024
Masa: 8.00 am - 1.00 pm
Tempat: Pusat Islam, UMS
 
Jom sertai beramai-ramai program ini, Antara aktiviti yang akan diadakan:
📍Senamrobik
📍Saringan kesihatan
📍Menderma darah
📍Expo pameran kesihatan
📍Ceramah kesihatan 
     (mata IDP  disediakan)
📍Cabutan tiket bertuah
 
Kami mengalu-alukan penyertaan anda semua untuk bersama-sama menjayakan acara ini.
Sokongan anda amat bermakna dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit diabetes 
Jangan lepaskan peluang ini, masuk adalah percuma!!!
**Keutamaan diberikan kepada staf UMS, HUMS & Pelajar UMS.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

HEBAHAN UNTUK PENGHANTARAN KERTAS CADANGAN BAGI GERAN YAYASAN PENYELIDIKAN ANTARTIKA SULTAN MIZAN 

Tema:  Penemuan Kutub, Aplikasi Tropika: Membentuk Masa Depan Lestari Malaysia Melalui Penyelidikan Kutub
 
Permohonan dibuka dari 𝟏𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 hingga 𝟑𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐲 𝟐𝟎𝟐𝟓 dan hanya boleh dihantar secara dalam talian melalui https://rssypasm.mysa.gov.my/. Sila rujuk laman web YPASM di https://www.ypasm.my/call-for-proposal-2025/ untuk maklumat lanjut tentang inisiatif ini dan cara memohon. 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Farmasi HUMS
 
 
 
Kempen #MedSafetyWeek bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan dan pelaporan kesan sampingan ubat dan vaksin. Kempen tahunan peringkat global ini melibatkan 90 buah negara 🌏 dengan tema  "Preventing Side Effects".
 
Bersempena dengan Kempen #MedSafetyWeek 2024 mari ketahui 🕵🏻
📢 Tanda & Gejala Alahan Ubat/Vaksin yang Anda Perlu Tahu! 💉💊
 
Tahukah anda bahawa alahan terhadap ubat/vaksin boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan bila-bila masa? Kenali tanda-tanda dan gejala awal supaya anda boleh bertindak segera! 🔍
 
🚑 Jika anda atau orang sekeliling mengalami gejala-gejala atau tanda-tanda alahan ubat/vaksin selepas mengambil ubat/vaksin, anda boleh #LaporKesanSampingan melalui ahli farmasi atau doktor anda atau secara terus ke NPRA (www.npra.gov.my).
Tindakan pantas boleh menyelamatkan nyawa!
 
Jom sama-sama bantu kami menjadikan ubat dan vaksin lebih selamat bagi semua!
 
#MedSafetyWeek
#MedSafetyWeekMY
#LaporKesanSampingan
#CegahKesanSampingan
#PreventSideEffects
#ReportSideEffects