PENGUMUMAN DARIPADA: PASCASISWAZAH UMS
SUBJEK: PEMAKLUMAN KONSOLIDASI SEMULA NAMA PROGRAM IJAZAH SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA GENERIK
 
Sukacita dimaklumkan konsolidasi semula nama bagi 70 (tujuh puluh) program Ijazah Sarjana (Penyelidikan) dan 61 (enam puluh satu) 
program Doktor Falsafah (Penyelidikan) telah diluluskan pada Mesyuarat Senat Bil.3/2017 (146) yang telah bersidang pada 23 Mac 2017 
yang lalu dan akan MULA DILAKSANAKAN PADA SEMESTER 1 SESI 2017/2018 akan datang.
 
Sehubungan itu, sebanyak 70 (tujuh puluh) program Ijazah Sarjana (penyelidikan) telah dikonsolidasi dalam bentuk generik dan 
menjadi 11 (sebelas) PROGRAM iaitu :
 
BIL.
NAMA IJAZAH (BM) SECARA GENERIK
NAMA IJAZAH (BI) 
SECARA GENERIK
KOD NEC BAGI PROGRAM GENERIK
1.
Sarjana Kewangan
 
Master of Finance
343
2.
Sarjana Perniagaan
 
Master of Business
342
3.
Sarjana Kejuruteraan
 
Master of Engineering
520
4.
Sarjana Sastera
 
Master of Arts
220
5.
Sarjana Ekonomi
 
Master of Economics
314
6.
Sarjana Perakaunan
 
Master of Accounting
344
7.
Sarjana Pengurusan Perniagaan
Master of Business Management
340
8.
Sarjana Sains Pertanian
 
Master of Agricultural Science
620
9.
Sarjana Pendidikan
 
Master of Education
140
10.
Sarjana Psikologi
 
Master of Psychology
311
11.
Sarjana Sains
 
Master of Science
010
Jadual 1 : Senarai Program Ijazah Sarjana (Penyelidikan) secara Generik
         
Butiran bagi Jadual 1 di atas adalah seperti di LAMPIRAN 1.
 
Sebanyak 61 (enam puluh satu) program Doktor Falsafah (Penyelidikan) telah dikonsolidasi menjadi 1 (satu) PROGRAM seperti di 
 
Pembangunan dan permohonan mewujudkan program pascasiswazah baharu adalah masih mengikut tatacara sedia ada.
 
Walaubagaimanapun, kelulusan bagi program pascasiswazah baharu di bawah Ijazah Generik hanya perlu mendapat pengesahan Senat manakala bagi program Sarjana (kerja Kursus) masih perlu mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
 
Pihak fakulti/pusat/institut/jabatan/unit adalah diminta untuk mengambil perhatian ke atas perkara ini dan didahului dengan ucapan ribuan       terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN UMS
SUBJEK:  PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 2017
 
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perpustakaan akan menganjurkan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2017 Pada 25 April 2017.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput bersama-sama memeriahkan Program ini di Perpustakaan UMS atau di JFPIU masing-masing.
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN STRATEGIK DAN AKADEMIK
SUBJEK: JERAYAWARA UNITP ORANGE BOOK (ZON SABAH)

 
ATURCARA
JERAYAWARA UniTP ORANGE BOOK ZON SABAH
21 APRIL 2017 (Jumaat)
AUDITORIUM PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH UMS
 
 
8:30 – 9:00 pagi          : Pendaftaran peserta
 
9:00 – 9:15 pagi          : Ketibaan wakil KPT dan Pegawai Utama
 
9.15 pg                        : Ketibaan Datuk Naib Canselor UMS
 
                                    : Nyanyian Negara Ku
 
                                    : Bacaan Doa
 
9:25 – 9:35 pagi          : Kata-kata Aluan daripada YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Harun
                                      Abdullah, Naib Canselor UMS
 
9:35 – 10:20 pagi        : Chapter 1: Differentiated Career Pathways for Talent Excellence
                                      oleh YBhg. Prof. Dr. Rose Alinda Alias
                                      Profesor, Fakulti Komputeran UTM /
                                      Ahli Penulis UniTP Orange Book
 
10:20 – 11:05 pagi      : Chapter 2: Implementation Differentiated Career Pathways
              oleh YBhg. Prof. Dr. Rose Alinda Alias
                                      Profesor, Fakulti Komputeran UTM /
                                      Ahli Penulis UniTP Orange Book
 
11:05 – 11:45 t/hari     : Chapter 3: Developing and Sustaining Leadership Excellence
                                      Oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Rusdan bin Mohd Jailani
                                      Timbalan Pengarah, Pusat Latihan Kepimpinan,
                                      Akademik Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) /
                                      Ahli Penulis UniTP Orang Book.
 
11:45 – 12:00 t/hari     : Sesi Soal Jawab
 
 
Pegawai untuk dihubungi
  1. Puan Junainah Ismail, 088 320 000 samb. 1054
  2. Encik Abdul Nawi Bin Ngeh, 088 320 000 samb. 1292